Bismillahirrahmanirrahim
Orang yang beriman, tetap di dalam hatinya bahawa Allah Maha Berkuasa, selain dri Allah tak ada kuasa, Allah yang bagi mulia, selain dari Allah tiada yang mulia. Allah yang memberi kemuliaan, Allah yang bagi sihat dan kuat, Allah yang mentadbir segala-galanya. Bila manusia ada Allah, dia akan dapat segala-galanya. Jika kehilangan Allah, maka dia akan hilang segala-galanya. Orang yang rasa iman penting, dia akan menjaga iman-nya. Walaupun pada perkara-perkara kecil, dia begitu berjaga2, berwaspada terhadap perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan imannya. Contohnya: Bila terpandang wanita ajnabi, dia akan risau kerana merasakan imannya bagaikan terkeluar, terasa bagai hilang kemanisan.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment