Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala... bahagianya hati seorang ibu bila mendapat khabar gembira ini...
"Mama! kakak dah khatam juz amma! Dah siap tasmik dah ngan Hajar... Hajar kata, "Alhamdulillah... teruskan lagi ya..."
Hajar ni rakan sebilik kakak. Sejak jadi room-mate Hajar dari semester lepas, anak saya bagai disuntik semangat untuk ikut bersaing dengan Hajar. Hajar seorang hafizah yang bukan saja excellent akademik malah seorang muslimah yang terjaga personalitinya. Subhanallah. Syukur alhamdulillah anakku direzekikan Allah dapat duduk dalam suasana yang kondusif terhadap agama. Saya perhatikan kakak masa pulang di hari minggu pun makin improve dalam bab berpakaian. Dah istiqamah pakai stoking dan sarung lengan. Gud kak!
Kakak dan Hajar aktif dalam kerja amal, persatuan serta usrah. Kedua-duanya sering ikut serta dalam pelbagai 'Talk' yang berlangsung di dalam/luar kampus.
..ini masa deorang keluar kutip derma untuk tabung Syria
Malam tadi dapat mesej kakak yang berbunyi...
"Mama! alhamdulillah mama tau tadi kan kakak dapat rezeki..rezeki makan free.. he he.. and hari ni kakak lead usrahhh! huhuhu...=p"
Kita mula dengan Surah an-Naba' yang jumlahnya 40 ayat.. "ammayatasa alunn... "
1 comment:
Alhamdulillah semoga bjaya mjadi hafizah juzuk 30 menjelang ramadan tahun ini.
Post a Comment