Menjelang Pilihanraya

Bismillahirrahmanirrahim

Menjelang pilihanraya yang InsyaAllah akan berlangsung tak lama lagi, macam-macam kisah yang timbul antara kami dan kawan-kawan.  Saya semalam sempat ber'whatsapp' dengan beberapa orang rakan.  Semua tengah semangat cerita-cerita pasal politik.  

Ada antaranya yang semangat bukan setakat jadi penyokong setia saja tapi dibuktikan lagi dengan status nama yang dah siap disemak... InsyaAllah konfem tersenarai sebagai salah seorang pengundi berdaftar yang sah..  untung la...

Namun ada juga yang semangatnya bukan main lagi, tapi sayangnya tak dapat lah pulak pergi mengundi.  Sebab apa tu tak dapat?  Sebabnya tak lain, sebab tak mendaftar.... Adoiii...kenapa la tak daftar.  Nak marah ada nak tergelak pun ada dekat kawan saya tu.  Heran betul... diaorang ni punya la lama ada masa dan peluang untuk mendaftar, tapi tak pegi-pegi jugak mendaftar.  Saya hanya mampu kata... "Oya ke.. laa.. takpelah kalu gitu tolong doa je la ya, nak daftar sekarang pun ase cam tak sempat da....huuu

Boleh pulak ada yang kata..."Nak tau, bukan kita sorang je tau yang tak pernah ngundi, kawan2 kat ofis pun ramai yang tak ngundi.. diaorang pun tak daftar..." 

"Ohhh... macam tu ke... La rugi la kalau macam tu", balas saya.  

Tapi beliau cuba cover..."takpe, nanti nak daftar untuk ngundi yang lima tahun lagi..."

Sebagai penutup saya balas lah..."ya lah, tu pun kalau kita ada lagi time tu kan..."

Sebenarnya kan, kalau kita bersemangat cakap2 politik, lepas tu kita sempurnakan lagi semangat kita dengan pergi pangkah undi, maka akan terbit suatu kepuasan dalam diri sebab kita bukan orang yang setakat cakap2 kosong... bukan setakat ikut orang ramai2 berhujah sebaliknya kita buktikan yang kita betul2 jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam warganegara Malaysia, dengan pergi pangkah undi pada hari berlangsungnya pilihanraya... Itu yang sepatutnya...

En suami tadi cerita dalam talipon, masa balik dari solat Jumaat ramai2 satu kereta, ada yang ajak singgah 'bilik gerakan' konon nak ambik bendera.  Tapi dalam semangat2 nak bawak balik gantung bendera tu, bila ditanya pasal mengundi nanti kat mana, jawapannya.. nama ada kat kampung jadi tak sure lagi dapat balik ke tak mengundi... Aduhh macam tu pulak... apasal la tak siap2 tukar tempat mengundi awal-awal dulu bang.. ish ish

Kawan saya yang sorang ni pulak memang maintain bersemangat sejak dulu. Ditambah pulak besan beliau merupakan salah seorang calon yang akan bertanding di sebelah utara InsyaAllah.  Nak kongsi kata2 semangat yang di 'whatsapp' kan pada saya semalam... "Memenangkan Islam adalah tanggungjawab.  Mentadbir ikut syariat Islam juga adalah tanggungjawab... maka umat Islam wajib mengundi... kalah tak mengapa tapi jika Islam kalah kerana disebabkan orang Islam tak mengundi, dah tentu pasti dia akan di tanya di akhirat nanti..."

Saya pun jawab la... "Alhamdulillah... sama2 kita bantu serapkan cahaya Allah... masih ramai yang 'atas pagar' kat luar sana..."

................................................

Alhamdulillah, saya dah jadi ahli.  Dah dapat pun kad keahlian.  Tapi en suami punya belum sampai lagi... sangkut pulak padahal hari tu kami mendaftar sekali.  Ada kad ahli ni senang.  Ada dulu kawan masjid saya cerita, satu hari tu dia tertinggal IC semasa sedang berurusan.  Cari2 dalam dompet, nasib baik ada kad ahli.  Kawan saya tu pun terus keluarkan kad ahli beliau sambil kata..."pakai kad ni je, agak2 boleh...?" Alhamdulillah, kad ahli beliau rupanya dapat membantu bilamana kerani kat kaunter tu dengan senang hati kasi green light sambil tersenyum.

Ramai yang kata, tarikh pilihanraya akan di-umumkan dalam waktu terdekat ini.  Maka, Selamat keluar mengundi ya semua.  Jangan biarkan rugi satu undi hanya disebabkan kita... Wassalam.


No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...