Bismillahirrahmanirrahim.
"Kurangkanlah waktu tidur kita, jangan banyak sangat tidur kerana akan tiba suatu hari nanti mata kita akan terus pejam, tak dapat dibuka-buka lagi...", pesan ustaz dalam tazkirah dulu semalam.
Kematian berlaku hampir setiap hari di kawasan penempatan kita, jadi beringat-ingatlah bahawa kita semua sangat dekat dengan kematian. Jika telah sampai detik kematian yang telah ditetapkan Allah pada kita, maka tidak lah dapat kita mengelakkan diri daripadanya. Disebut bahawa Malaikat Maut datang menziarahi kita sebanyak 70kali dalam sehari.
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,
Soalan pertama yang akan ditanya di dalam kubur ialah amalan solat. Bermula dengan solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak hinggalah ke solat Subuh. Soalan mengenainya akan ditanya berulang-ulang sampai hari kiamat. Inilah pentingnya solat. Solat merupakan ibadah yang utama yang diperintahkan Allah kepada kita. Jika lepas perihal solat kita, maka lepaslah amalan-amalan kita yang lain..InsyaAllah. Kalau nikmat yang diterima, maka nikmatnya nanti sampai kiamat. Kalau azab yang diterima, maka azabnya nanti sampai kiamat.
Surah Mukminun ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)
Allah SWT menurunkan rahmatnya melalui solat. Rasulullah SAW memperhatikan solatnya bermula dari mengambil wudhuk lagi kerana wudhuk merupakan pintu penyucian jiwa dan penyucian dosa. Kenapa kita disuruh basuh muka, kedua tangan, kepala dan kedua kaki setiap kali berwudhuk?
Ini diterangkan dalam Surah al-Maidah ayat 6: yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Rasulullah SAW juga begitu memperhatikan waktu-waktu solat. Ustaz menceritakan riwayat yang menyebut tentang wajah Rasulullah SAW yang berubah menjadi pucat ketika masuk waktu solat bila azan kedengaran. Bila ditanya oleh puteri baginda Fatimah az-Zahraa, Nabi SAW mengatakan bahawa, 'telah masuk waktu solat, sebentar lagi kita akan mengadap Allah'.
Air dari wudhuk kita adalah air rahmat. Wudhuk mampu menghapuskan dosa-dosa seseorang. Hadis Nabi SAW:
Dari Usman bin Affan r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Nabi SAW amat menekankan perihal wudhuk. Nabi SAW ada menegur Muaz bin Jabar ra yang membazirkan air ketika berwudhuk. Makin sedikit kita guna air semasa berwudhuk, makin sempurnalah wudhuk kita. Marilah kita ubah cara wudhuk kita supaya tidak membazir. Ingat, wudhuk kita sangat mempengaruhi solat yang akan kita dirikan.
Ustaz tegaskan bahawa, manusia berhadapan dengan dua kegagalan iaitu bilamana masjid/surau dibina makin cantik tetapi hanya beberapa kerat saja yang hadir mengimarakkannya. Umat Islam dewasa ini gagal untuk dapat hadir di masjid-masjid yang dibina. Satu lagi kegagalan ialah bilamana seseorang itu gagal dalam memperhatikan waktu-waktu solat. Solat-solat ada waktu utamanya. Antara Zuhur dan Asar, waktu utamanya ialah waktu Zuhur di mana kita sepatutnya tidak cuba melengah-lengahkannya. Waktu Asar ialah waktu kedua. Begitu juga dengan waktu Maghrib dan Isyak di mana waktu Maghrib adalah waktu utama manakala waktu Isyak merupakan waktu kedua. Maka bila masuk waktu Maghrib, janganlah pula orang yang sedang berjogging misalnya masih tetap terus berjogging tanpa peduli terhadap azan Maghrib yang sedang berkumandang.
Dari Abu Said al-Khudri r.a dari Nabi SAW sabdanya: "Jikalau engkau semua melihat seseorang membiasakan - pulang pergi - ke masjid, maka saksikanlah ia dengan keimanan - yakni bahawa orang itu benar-benar orang yang beriman. Allah Azzawajalla berfirman: "Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjidnya Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir."*sampai ke akhir ayat.
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Dua keadaan umat dikatakan sufi ialah: 1) bila dia dapat bangun dan bersolat sekurang-kurangnya dua rakaat di waktu tengah malam dan 2) bila dia menunggu masuknya waktu solat.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau SAW lalu bersabda: "Yaitu menyempurnakan wudhuk sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi - seperti terlampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan." (Riwayat Muslim)
Berbalik pada bagaimana keadaannya nanti kubur kita... jika ingin kubur kita macam taman Syurga, solatlah kita dengan sungguh-sungguh. Perbaiki solat kita. Moga Allah luruskan lidah kita dari perkataan yang sia-sia, moga Allah bersihkan perut kita dari makanan yang haram dan syubhah, moga Allah bersihkan hati dan jiwa kita, moga Allah kurniakan rahmat, moga Allah redha, moga dapat indahkan lagi solat, moga nanti beroleh kubur bagaikan taman Syurga...ameen
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 195, yang bermaksud:
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Wallahu'alam.
"Kurangkanlah waktu tidur kita, jangan banyak sangat tidur kerana akan tiba suatu hari nanti mata kita akan terus pejam, tak dapat dibuka-buka lagi...", pesan ustaz dalam tazkirah dulu semalam.
Kematian berlaku hampir setiap hari di kawasan penempatan kita, jadi beringat-ingatlah bahawa kita semua sangat dekat dengan kematian. Jika telah sampai detik kematian yang telah ditetapkan Allah pada kita, maka tidak lah dapat kita mengelakkan diri daripadanya. Disebut bahawa Malaikat Maut datang menziarahi kita sebanyak 70kali dalam sehari.
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,
bahawa Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud, ” Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.”
ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang
sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail: ” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa”
Bila sampai ajal, maka manusia tidak dapat lari darinya. Semua yang dipinjamkan Allah akan sampai tarikh luputnya. Semua ada expired date. Kita akan kembali kepada Allah dengan membawa amalan yang kita perbuat semasa di dunia. Jika banyak amalan kebaikan InsyaAllah akan berbahagialah kita namun jika bawa banyak amalan keburukan, maka tidak lain akan sengsaralah kita... nauzubillah.
Dalam tazkirah tadi pula, usai bacaan Yasin ustaz yang merujuk kitab perihal azab kubur sambung menjelaskan tentang kehidupan ruh manusia di alam barzakh. Kata ustaz, boleh jadi kubur kita macam taman-taman Syurga, boleh jadi juga kubur kita itu macam lubang-lubang neraka... nauzubillah. Tanya diri kita, kubur yang macamana yang kita impikan Amalan kita di dunia ini yang menentukan kubur kita samada macam taman Syurga atau lubang neraka. Dalam hadis Nabi SAW disebut bahawa, tidak ada ibadah yang paling mulia untuk dipersembahkan kepada Allah melainkan solat 5 waktu sehari semalam.Soalan pertama yang akan ditanya di dalam kubur ialah amalan solat. Bermula dengan solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak hinggalah ke solat Subuh. Soalan mengenainya akan ditanya berulang-ulang sampai hari kiamat. Inilah pentingnya solat. Solat merupakan ibadah yang utama yang diperintahkan Allah kepada kita. Jika lepas perihal solat kita, maka lepaslah amalan-amalan kita yang lain..InsyaAllah. Kalau nikmat yang diterima, maka nikmatnya nanti sampai kiamat. Kalau azab yang diterima, maka azabnya nanti sampai kiamat.
Surah Mukminun ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)
Allah SWT menurunkan rahmatnya melalui solat. Rasulullah SAW memperhatikan solatnya bermula dari mengambil wudhuk lagi kerana wudhuk merupakan pintu penyucian jiwa dan penyucian dosa. Kenapa kita disuruh basuh muka, kedua tangan, kepala dan kedua kaki setiap kali berwudhuk?
Ini diterangkan dalam Surah al-Maidah ayat 6: yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Rasulullah SAW juga begitu memperhatikan waktu-waktu solat. Ustaz menceritakan riwayat yang menyebut tentang wajah Rasulullah SAW yang berubah menjadi pucat ketika masuk waktu solat bila azan kedengaran. Bila ditanya oleh puteri baginda Fatimah az-Zahraa, Nabi SAW mengatakan bahawa, 'telah masuk waktu solat, sebentar lagi kita akan mengadap Allah'.
Air dari wudhuk kita adalah air rahmat. Wudhuk mampu menghapuskan dosa-dosa seseorang. Hadis Nabi SAW:
Dari Usman bin Affan r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada seorang Muslimpun yang datang padanya solat yang diwajibkan, lalu ia memperbaguskan wudhuknya, kekhusyukannya serta rukuknya, melainkan solat yan dilakukan tadi akan menjadi penutup dosa-dosa yang dilakukan sebelum itu, selama tidak dikerjakan dosa besar. Yang sedemikian itu berlaku untuk setahun sepenuhnya." (Riwayat Muslim)
Nabi SAW amat menekankan perihal wudhuk. Nabi SAW ada menegur Muaz bin Jabar ra yang membazirkan air ketika berwudhuk. Makin sedikit kita guna air semasa berwudhuk, makin sempurnalah wudhuk kita. Marilah kita ubah cara wudhuk kita supaya tidak membazir. Ingat, wudhuk kita sangat mempengaruhi solat yang akan kita dirikan.
Ustaz tegaskan bahawa, manusia berhadapan dengan dua kegagalan iaitu bilamana masjid/surau dibina makin cantik tetapi hanya beberapa kerat saja yang hadir mengimarakkannya. Umat Islam dewasa ini gagal untuk dapat hadir di masjid-masjid yang dibina. Satu lagi kegagalan ialah bilamana seseorang itu gagal dalam memperhatikan waktu-waktu solat. Solat-solat ada waktu utamanya. Antara Zuhur dan Asar, waktu utamanya ialah waktu Zuhur di mana kita sepatutnya tidak cuba melengah-lengahkannya. Waktu Asar ialah waktu kedua. Begitu juga dengan waktu Maghrib dan Isyak di mana waktu Maghrib adalah waktu utama manakala waktu Isyak merupakan waktu kedua. Maka bila masuk waktu Maghrib, janganlah pula orang yang sedang berjogging misalnya masih tetap terus berjogging tanpa peduli terhadap azan Maghrib yang sedang berkumandang.
Dari Abu Said al-Khudri r.a dari Nabi SAW sabdanya: "Jikalau engkau semua melihat seseorang membiasakan - pulang pergi - ke masjid, maka saksikanlah ia dengan keimanan - yakni bahawa orang itu benar-benar orang yang beriman. Allah Azzawajalla berfirman: "Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjidnya Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir."*sampai ke akhir ayat.
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Dua keadaan umat dikatakan sufi ialah: 1) bila dia dapat bangun dan bersolat sekurang-kurangnya dua rakaat di waktu tengah malam dan 2) bila dia menunggu masuknya waktu solat.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau SAW lalu bersabda: "Yaitu menyempurnakan wudhuk sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi - seperti terlampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan." (Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pertama-tama amalan yang seseorang itu dihisab dengannya ialah solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rusak, sungguh-sungguh menyesal dan merugilah ia. Jika seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: "Periksalah olehmu semua - hai malaikat, apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah." Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan solat ini.""
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Berbalik pada bagaimana keadaannya nanti kubur kita... jika ingin kubur kita macam taman Syurga, solatlah kita dengan sungguh-sungguh. Perbaiki solat kita. Moga Allah luruskan lidah kita dari perkataan yang sia-sia, moga Allah bersihkan perut kita dari makanan yang haram dan syubhah, moga Allah bersihkan hati dan jiwa kita, moga Allah kurniakan rahmat, moga Allah redha, moga dapat indahkan lagi solat, moga nanti beroleh kubur bagaikan taman Syurga...ameen
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 195, yang bermaksud:
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment