SYARAT WAJIB SOLAT
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
Kanak-kanak yang telah berumur tujuh tahun hendaklah disuruh mengerjakan solat dan setelah berumur sepuluh tahun bolehlah dipukul sekiranya masih belum bersolat.
Sabda Nabi SAW, yang bermaksud:
"Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)."
SYARAT SAH SOLAT
- Mengetahui Masuknya Waktu Solat dengan Yakin. Sekiranya seseorang itu solat tanpa meyakini masuknya waktu, maka solatnya tidak sah walaupun tepat pada waktunya.
- Menghadap Kiblat, semasa mengerjakan solat bagi orang yang boleh melakukannya. Sekiranya orang yang uzur atau sakit yang tidak terdaya melakukan demikian, maka diberi kelonggaran ke atasnya menghadap ke arah yang dia boleh tetapi hendaklah mengulangi solat tersebut apabila dia telah sembuh daripada penyakitnya. Menghadap kiblat yang dimaksudkan ialah dengan dada sahaja.
- Menutup Aurat, samada ketika bersolat di tempat yang sunyi ataupun di tempat awam. Aurat lelaki ialah dari pusat hingga lutut. Aurat perempuan pula ialah seluruh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
- Suci daripada Najis, baik dari segi pakaian mahupun anggota badan dan juga tempat. Maksud tempat ialah tempat berdiri dua kaki, tempat sujud, tempat letak tangan dan juga tempat letak dua lutut.
- Suci daripada Hadas. Ertinya dia telah pun berwudhuk dan juga telah mandi hadas.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment