Bismillahirrahmanirrahim
Kasih kepada sesuatu itu ialah bilamana kita kenal akan ia. Begitulah ibaratnya pada menyatakan kasih pada Allah Taala di mana kasih pada Allah merupakan antara sifat yang terpuji. Ia sifat yang mulia, yang menyampaikan pada makrifat iaitu kenal Allah. Siapa yang kita kasih ini? Yang Maha Kuasa. Sekuasa-kuasa kita, ada lemahnya. Maka Allah lah yang Maha Kuasa. Jadi rasa hebat macammana sekalipun kita, jangan sombong. Jangan kita sombong sangat. Orang yang sombong, Allah hina.
Kasih pada Allah (sambungan dari sini), dapat menyampaikan kepada makrifat.. daripada kenal itulah datangnya kasih. Maka apapun ibadah, kosongkan hati. Niatkan... "diriku buat ibadah ini keranaMu ya Allah." Buang riak, buang lalai, buang lara. Bila datang kasih, sanggup tinggal kelazatan dunia. Datanglah hujan ribut sekalipun, tetap ke rumah Allah.. kerana ada solat berjemaah.. ada mengaji...
Kasih pada Allah, kasih hingga kamu dikasih. Jika hendak dikasih, kenalah mengasih. Tanya diri kita, "hari ini berapa banyak sebut Allah? Hari ini zikir kita banyak mana?" Agar konsisten zikir, boleh ikut jadual zikir susunan Imam Ghazali mengikut hari. Contoh hari Isnin: La haula wala quwata illa billah.. Sebut Rasulullah, banyak hikmahnya. Jadi kerapkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, berselawatlah sebanyak 1000x sehari. Istiqamah.
Kasih pada Allah sehingga kamu dikasih. Makan ingat Allah. Nak tidur ingat Allah. Nak masuk rumah ingat Allah. Nak naik kenderaan ingat Allah. Senang ingat Allah. Susah ingat Allah. Kaya ingat Allah. Miskin ingat Allah. Jangan kita, bila dah kaya sikit dah lupa. Dah sihat dari sakit, dah lupa. Dah dibagi kuasa sikit dah sombong. Sebut selalu Allah, ingat selalu. Allah bagi rumah, bagi tempat tidur... banyak nikmat Allah bagi. Jika kita lupa Allah, kita yang rugi. Basahkan lidah ucap alhamdulillah terimakasih ya Allah. Jangan kita hanya rajin ucap terimakasih dengan orang saja. Kena banyak ucap terimakasih pada Allah.
Yang kasih pada Allah, semua yang dapat dirasakan nikmat. Dapat duit, alhamdulillah. Hilang duit pun alhamdulillah. Itu contoh maqam wali Allah. Memang macam pelik, hilang duit pun terimakasih ya Allah. Namun jadilah orang yang pelik, jadi orang yang luar biasa bukan yang biasa-biasa. Biasa orang, tidur waktu malam. Cuba kita jadi orang yang luar biasa... kita bangun malam, solat dua rakaat. Biasa orang lalai, kita cuba jadi orang yang luar biasa dengan buat ibadah. Jangan ikut jadi orang yang biasa lalai.
Luar biasa memang pelik. Sebab itu Allah kasih pada yang ganjil. Ganjil itu luarbiasa. Milikilah yang ganjil. Masuk masjid, pakai serban... nampak ganjil.. memang luar biasa. Masuk supermarket, pakai serban.. pakai jubah... nampak ganjil.. memang luar biasa.
Jangan kisah apa orang kata. Ini, nak buat baik sikit takut orang kata. Nak cari kasih Allah, jangan peduli apa orang kata. Jangan rasa: "...ohh saya baru mengaji je, takkan dah nak terus pakai jubah serban... nanti apa orang kata..." Selama ini duduk dedah aurat, tak rasa pulak nanti apa orang kata. Sepatutnya yang itulah takut orang kata.
"Betapalah kita ini tuan-tuan...", kata ustaz. "Kadang tahu.. contoh dalam bab nikah kawin: 'Pakcik tahu bersanding tu tak boleh... tapi nanti apa pulak orang kata kalau anak tak bersanding...' Tapi yang hairannya, anak tak pakai tudung, tak malu pulak nanti apa orang kata...."
Nak tunggu orang tak kata, memang tak habis lah. Buat jahat pun orang kata, buat baik pun orang kata. Jadi elok buat baiklah kalau begitu... Buat baik, balasan baik InsyaAllah. Kalau nak redha Allah, jangan putus asa, teruskan tetap buat kerja agama, ikut syariat. Peduli lah apa orang nak kata. Jadi ganjil.
Jangan nak terus kekal dalam tak tahu. Ubah diri untuk lebih tahu. Jangan kiranya bila panggil ustaz datang mengajar, hanya mintak ajar bab solat semata-mata contohnya. Dah pesan siap-siap dekat ustaz agar ustaz tak sentuh bab hukum. Risau nanti kalau ustaz sebut pasal hukum, semua sensitif, rasa kena batang hidung sendiri. Jadi sanggup kekal jadi orang yang tak tahu. Tak mahu berubah jadi makin elok.. lebih selesa duduk dalam jahil, sedangkan umur ada yang dah dekat 70....
Maka kata ustaz...suluh lah diri masing-masing.. usaha perbaiki amalan selagi kita masih diberi peluang. Ingat dalam hati tu, kita nak cari redha Allah...
Wallahu a'alam.

No comments:
Post a Comment