Meh kita tengok camana. Resepi tengok YouTube je tapi memang terbaik.. Sangat mudah cara membuat kek Apel ini.
RESEPI FRENCH APPLE CAKE
Bahan-bahan
UNTUK CAKE
150g tepung
80g gula
3 sudu kecil baking powder(12g)
secubit dua garam
2 telur
½ sudu kecil vanilla
60g minyak
½ cawan(kurangkan sikit) @ 90g susu(fresh milk)
4 biji epal hijau(saya guna epal merah kali ni, stok yang sedia ada)
Untuk (icing)
1 biji telur
80g mentega cair
80g gula
Parutan kulit Lemon/sunkist (1biji)
Cara membuatnya:
(1)Panaskan oven anda untuk 170°c.
(2)Untuk menyediakan adunan kek, tambah tepung, gula, baking powder dan sedikit garam ke dalam mangkuk. Kemudian tambah kan 2 biji telur, minyak dan susu, terus pukul pakai whisk sehingga tiada bahagian adunan yg berketul, lalu ketepikan. Tuangkan ke dalam loyang yg dah disapu mentega. Gunakan acuan/loyang 9 inci atau 23cm.(saya guna dua loyang: yang segi empat tepat 5 x 9 dan loyang bulat kecil).
(3)Kupas kulit epal dan potong dadu setiap biji. Tabur di atas adunan lalu di bakar dalam oven selama 30 minit 170°C.
(4)cair kan mentega dalam microwave. Dalam mangkuk lain, satukan gula dan telur. Pukul pakai whisk kemudian masukkan mentega cair dan parutan kulit lemon.
(5)Keluarkan kek dari oven, cucuk kek dengan lidi, kalau licin lidi tandanya kek dah masak). Maka tuangkan icing campuran rata2 ke atas kek yg dah masak tadi. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 12 minit.
(6)Setelah masak, sejukkan selama 10 minit. Lalu kan hujung pisau di sekeliling kek, kemudian terbalikkan ke atas redai kueh. Terbalikkan sekali lagi di atas pinggan.
Alhamdulillah dah boleh potong dan cuba rasa French Apel Cake.. 🍎😊
**update:
Buat lagi kek Apel yang sedap ni🤗
Guna acuan kecil² berbentuk bintang untuk apple cake hari ini 5Julai2021. Alhamdulillah ada epal hijau dalam peti-ais.🍏🍏🍏🍏
No comments:
Post a Comment