Alhamdulillah, hari ni cuba resepi baru untuk buat Roti Buku. Kalau dalam bahasa omputeh, Plain White Loaf la..he he... Roti Buku ni roti Bantal pun iya jugak orang panggil. Kiranya kita baked sebuku roti tinggal nanti hiris² je la untuk makan dengan butter/jem/kaya. Paling best buat roti bakar, boleh bakar roti yang dihiris samada atas pan atau pun bakar dalam toaster-oven. Resepi KAYA ada kat sini🌸
Resepi kali ni hasil Google di Internet. Alhamdulillah terima kasih buat empunya resepi.
.............................................
Resepi Roti Buku Homemade
Bahan²nya:
135g air sejuk
70 g susu segar sejuk
300 g tepung roti
30 g gula
5 g garam lebihkurang ¾ sudu kecil
20 g mentega sejuk
1 sudu kecil yis/ragi kering
Cara membuatnya:
1. Masukkan ke semua bahan ke dalam bread maker mengikut urutan yang disenaraikan. Buat lubang atas tepung dan tuangkan yis. Yis boleh dekat dengan gula tapi kena jauh dari garam.
2. Pilih proses untuk uli. Macam saya yang guna bread-maker impress cosway, 14minit untuk setiap ulian. Jadi saya ulang tekan uli 3x.
Selepas program ini berakhir, bagi rehat tambahan untuk doh selama 20 minit..he he
6. Keluarkan doh. Tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian ratakan doh. Lipat kiri kanan hala ke tengah. Rata kan balik lalu gulung doh. Masukkan doh ke dalam tin pembakar yang dah di-sapu butter lalu biarkan doh naik dan kembang sebelum mula panas kan oven.
Bila oven dah panas sapu kan permukaan doh roti dengan fresh milk. Bakar roti selama 20 - 25 minit dalam kepanasan oven 170°C.
*update 25Jun2021
Buat lagi roti hari ni. Terus buat 3 buku roti sekali gus..ha ha.. Cover breakfast, minum petang & supper😁😆 Buat kaya sekali untuk sapu² makan dengan roti tu. Alhamdulillah.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment