Alhamdulillah hari ini Jumaat 15/12/23 bersamaan dengan 2 Jamadil Akhir 1445H, kusambut hari ulang tahun kelahiran. Happy Birthday to me🍰
Semalam, sahabat umrah Nov 2019, kak ros ada menghantar wasap..🌹
.
.
Kakros: ti sehat?
Sy: Alhamdulillah ti ok kakros cuma demam dan batuk sikit². Kakros sehat ya? Moga sentiasa Allah beri kesihatan yg berpanjangan.. aamiin
Kakros: Syukur Alhamdulillah akak beransur sihat tapi masih batuk. Ari Isnin Allah uji bagi demam, dah lame sihat. Allah jentik sikit biar sedar diri.
Sy: Sama ngan ti kakros🥲🥹
Kakros: Allah bagi kita rehat kejap.
Sy: Ti demam on off kros
Kakros: Kene berurut tu. Biar dibetulkan urat2 yg tersimpul.
.
.
Rasa macam tiba² Allah hantar prihatin seorang sahabat di angin lalu. Alhamdulillah🩶
Sempena Birthday di hari Jumaat yang mulia ni,
- Semoga Allah kurniakan daku cinta dan rahmat-Nya pada hari ini dan hari-hari seterusnya.
- Ya Allah ya Tuhan ku, berikanlah daku petunjuk agar daku dapat menjadi manusia yang lebih baik lagi di kala usiaku bertambah.
- Ya Allah, jadikan lah daku hamba yang sering bersyukur dengan nikmat-Mu
Besday lagi ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Alhamdulillah syukur hari ini ku sambut lagi hari ulangtahun kelahiran. Umur yang Allah pinjamkan ini angkanya makin bertambah tapi usia sebenarnya makin berkurang. Sempena hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari daku memohon lagi agar Allah rezekikan kesihatan yang berpanjangan agar mudah urusan ibadahku.
Moga Allah memberkati baki² usia ini agar di hujung lorong kehidupan ku Allah beri husnul khotimah InshaaAllah. Moga Allah rezekikan daku mendapat Syafaat Rasulullah SAW di akhirat nanti dan moga Allah masukkan daku ke dalam Syurga Firdaus -Nya tanpa hisab.
Amin ya Robbal Alamin
.
.
Checklist
Agar hidup lebih bermakna🌸
- [ ] Solat di awal waktu, bersedia atas sejadah sebelum masuk waktu
Buat Kobliyah/Ba'diyah
- [ ] Lazimkan qiam 30min awal sebelum subuh. Mulakan dgn solat tahajud, hajat, witir. Solat Sunat Fajar selepas azan Subuh/sebelum solat Subuh(kobliyah)
- [ ] Baca al mathurat tiap pagi dan petang
Solat Dhuha
- [ ] Baca quran tiap hari
Baca al-Waqiah, al- Mulk sebelum tidur, Al-Kahf tiap Jumaat
- [ ] Zikrullah
Istighfar perbanyakkan
Selawat perbanyakkan
- [ ] Qadha solat lepas solat fardhu/ sebelum masuk waktu
-[ ] Perbanyakkan bersedekah. Istiqamah sedekah subuh online.
Moga² Istiqamah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dulu sekali pernah semak tarikh lahir dalam tahun hijrah..alhamdulillah lahir dulu pun hari Jumaat, 13 Ramadhan..
wallahu"alam...
hari ini check balik, terus screenshot alhamdulillah..
6 comments:
Alhamdulillah! Selamat Ulang Tahun, Kak Tie. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Diijabahkan segala doa dan hajat. Dikurniakan rezeki yang luas, cukup dan berkat. Sihat walafiat. Dihimpunkan dalam Syurga Allah. In Shaa Allah. Allahumma Aamiin.
Alhamdulillaah.
Hepi bezday. Smoga bahagia sokmo. Jazakallah.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Syukron Sue...Jazakillah♡
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Post a Comment