Bertemu cinta baru

Sejak hari pertama menemui cinta barunya dia terus tak balik2 rumah. Congak-congak haribulan, dah tiga minggu tak balik. Masa tengah masak semalam, terkejut bila dengar suara orang bagi salam kat luar... "Assalamualaikum... " Lari-lari sikit pergi jengok kat pintu sliding, ohh dah balik rupanya... takde dapat sms pun, call pun tak bagitau nak bertolak balik, tau2 dah sampai depan rumah...

Alhamdulillah... mama ingat sampai petang... baru nak sms suruh balik awal sikit. Takut nanti lewat2 hujan pulak petang. Nanti habis basah laptop yang sandang kat belakang tu... Papa hari ambik barang kat hostel hari tu dah tanya nak kirim laptop sekali tak, tak nak pulak, konon nak tengok movie dengan kengkawan, hepi-hepi online lepas exam.


Alhamdulillah... sampai jugak anakku balik dengan cinta barunya. Mama duk risau, sebab nak balik tu ikut highway. Duk ulang pesan itu ini entah berapa kali, bukan apa risau sebab ini kali pertama anak mama balik sendiri bawak motor. Dengar citer sayang le dengan motor tu ya, tiap-tiap minggu ramai2 pakat turun basuh motor kesayangan masing-masing. Ramai yang sama cam anakku, suka 'Lagenda'... he he

Baik2 pakai motor tu.... Kalau tanya mama, sebenarnya mama tak kasi sangat pakai motor. Motor ni kita terlanggar pun kita jatuh, orang terlanggar kita pun... kita yang jatuh. Jadi berhati-hati ya.... Baca doa perjalanan setiap kali naik atas motor tuh. Mama doakan selamat... Ya Allah peliharalah anakku dalam perlindunganMu... aminn


3 comments:

Lagenda 110z said...

hehehe..bez blik umah naik motor ma..pasni nak balik nek moto je la..hee..

Anonymous said...

Jadilah pemilik moto yg berhemah:
1. Baca Basmallah & doa naik kenderaan.
2. Safety first - topi keledar di ikat baik2, pakai jaket, pakai kasut, baju warna terang, guna cermin sisi, dan rantaikan moto bila parking.
3. Moto kena tip top - servis ikut jadual, jaga brake, dan angin tayar.
4. Bawak ikut line moto, jangan dok menyelit sangat, dan sebolehnya ikut highway.
5. Kelajuan sederhana dan elakkan menunggang cara bahaya.
6. Jgn lupa ucapan Alhamdulillah kerana selamat dalam perjalanan.

sal said...

Assalamualaikum..
amin...moga anak dalam perlindunganNya selalu..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...