Doa nak tidur

Jam dah melepasi pukul 11.30 malam. Sebelum masuk tidur nak kisahkan sikit apa pesan ustaz tentang apa yang sebaiknya kita baca sebelum lelapkan mata. Ustaz selitkan pesanan tu dalam kelas Bahasa Arab dan Hadith di surau baru-baru ini.


Sebelum tidur, kita bacalah....

doa nak tidur iaitu:

ayat kursi


Tiga Qul iaitu:
Surah Al-Ikhlas,


Surah Al-Falaq,

dan...
Surah An-Nas


Kata ustaz, elok jika ditambah baca satu lagi iaitu:

Surah Al-Kafirun


Pesan ustaz, elok lah kita tidur awal agar kita dapat terjaga untuk bangun di sepertiga malam. Elakkan menonton tv atau berbuat perkara sia-sia hingga ke larut malam. Jika lewat sangat tidur bukan hanya kita tak terbangun untuk Solat tahajjud malah dikhuatiri Subuh pun nanti terlewat. Wallahu'alam.

2 comments:

sal said...

sejuknya apb membaca surah2Nya..

Ada satu ketenangan dan kebahagiaan yang melekat di sudut hati dengan penyerahan dan fokus ini..Moga dalam rahmatNya selalu..

Anonymous said...

Jom sama2 kita amalkan. Kalau sudah tidur lambat sebab ber facebook & berinternet atau tgk tv maka bangunnya memang liat. Masa pun terbuang dgn sia-sia. Solat subuh pun kena dikejutkan. Bgn tahajjud memang jarang. Doa dan baca surah2 ini dan berniat kepada Allah untuk bangun beribadah, insyaAllah. Pesanan ini khas buat diri sendiri, isteri dan anakanda sekelian. Amiin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...