Assalamualaikum
... sambungan dari n3 sebelum ini...
Kata ustaz...
Ilmu tasawuf berbicara tentang hati. Hati lebih penting dari zahir di mana zahir itu dituntun oleh hati. Baiknya seseorang manusia ialah bilamana terhenti oleh baiknya hati daripada penyakit-penyakit yang tersembunyi dan tertutup yang tidak dapat dilihat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati tentukan baik buruknya zahir. Allah lihat kita pada batin, lihat pada hati manusia. Allah tak hitung pada zahir sebab Allah yang jadikan kita. Ada yang dari keturunan cantik, kacukan dsb. Jadi kalau Allah nak hitung dari segi zahir, maka tak adil lah.
Begitu juga ada yang miskin dan ada yang kaya. Kalau Allah nilai kita dari yang kaya atau miskin juga tidak adil sebab kaya dan miskin itu Allah yang beri. Sebab itu bila Allah letak kita miskin, walau kita duk simpan RM50 sebulan pun masih juga tak kaya-kaya. Sebab apa? Sebab itu dah sunnatullah, sesuatu yang dah ditetapkan oleh Allah. Boleh jika ada usaha untuk kurangkan kemiskinan tetapi walau apapun tak akan berlaku 'kemiskinan sifar' kerana Allah dah jadikan, ada yang kaya ada yang miskin.
Allah pandang pada kalbu kita, tak pandang pada zahir. Jangan kita beria-ia nak elokkan zahir sedangkan kita tinggalkan hati kita dalam keadaan sakit. Contoh dalam kita berpakaian. Kita pakai cantik-cantik untuk apa? Tanya diri kita, adakah untuk dipertontonkan pada manusia. Kalau bukan untuk dipertontonkan pada manusia, kenapa tiap kali nak keluar entah berapa kali kita tengok cermin.. Maka, perbetulkan niat... pakai untuk tutup aurat, bukan untuk tunjuk pada manusia.
Pakai kereta besar, hanfon mahal dan canggih untuk apa sebenarnya. Jangan sampai timbul riak, ujub dan takabbur. Jangan pandang sinis pada orang yang pakai kereta buruk sebab orang yang tak pakai kereta mahal macam kita tu mungkin hatinya lebih senang, lebih bahagia dari kita. Dia hutang kereta tak ada sedangkan kita sebab nak pakai kereta mahal terpaksa korbankan RM1400 sebulan untuk bayar ansuran kereta.
Kena ubatkan hati... Berhenti dari duk takut, segan atau malu dengan orang. Takut orang kata itu ini. Biar hanya malu pada Allah. Kenal Allah, baru ada kemanisan dalam beribadah, ada kualiti dalam ibadah kita. Allah yang buka hati manusia untuk dapat merasai kemanisan iman. Sehingga bagi yang dikurniakan nikmat itu dapat merasa bagaimana kelazatan berdamping dengan Yang Esa... Hatinya hidup dan rasa indah dalam beribadah. Penuh dengan perjalanan hati nurani menuju Allah Taala.
Orang-orang alim sering berfikir tentang kebesaran Allah, fikir kelazatan tentang Allah. Hatinya sentiasa dengan Allah. Degupan jantungnya berserta dengan kalimah Allah.. Allah... Allah... Allah.. Bila lihat kecantikan berfikir akan kecantikan Allah.. kebaikan Allah, bila mengaji quran berfikir akan kebesaran Allah namun bilamana datang musibah tidak melihat sebagai sesuatu yang buruk dari Allah.
Hanya orang yang kenal Allah dapat merasai kemanisan dalam ibadah. Perumpamaannya bagi orang yang mempunyai gigi yang kuat akan merasa nikmat memakan kacang yang orang lain rasa keras. Berbeza dengan orang yang tak ada gigi, makanan bagi mereka sama saja rasa dan mungkin takde yang sedap. Hati yang hidup dapat rasa Allah nak perkenalkan diriNya. Hati yang hidup ada deria rasa. Tiap perkara yang berlaku dirasakan ada hikmah dan hidayah dari Allah.
Kalau hati hidup, biarpun bukan di saat dahi mencecah sejadah, tetap sentiasa rasa ada Allah dalam hati. Tak kira di mana saja. Tubuh badannya tak akan lakukan maksiat. Nak buat apa-apa ingat Allah, jika tak elok tak jadi buat maka berpatah balik semula. Kena bersihkan hati agar ibadah kita Allah terima InsyaAllah. Hiaskan diri dengan sifat-sifat mahmudah.
Bila solat, ikut sunnah Nabi SAW. Pagar solat kita dengan ikhlas supaya tak datang riak, ujub, takabbur dan sebagainya. Allah ingin lihat dari hati kita samada kita boleh capai jadi orang yang beriman, orang mukmin. Kekadang orang yang berilmu lebih banyak sifat mazmumah contohnya bila timbul rasa tinggi diri.. tengok orang lain lemah, tak bijak macam dia. Sebaliknya kekadang orang yang berada dalam maksiat itu lebih baik kerana dia sedar akan dirinya yang bersalah melakukan maksiat. Ada niat dalam hatinya nak bertaubat.
Manakala yang tak sedar ada penyakit hati dalam dirinya disebut sebagai orang yang sebenar-benarnya tenat. Umpama orang yang tiba-tiba kena stroke terus meninggal dunia... selama ini tak pernah tahu yang dia ada penyakit sebab tak pernah pergi buat check-up.... badan memang tak fit, tau-tau sakit terus meninggal.. Berbeza dengan orang yang dah tahu ada darah tinggi dan kencing manis lalu berusaha ubati penyakitnya dengan konsisten makan ubat dan jumpa doktor.
Maka kata ustaz, "Baiki tuan-tuan....
Tempat pandang Allah pada hambaNya ialah Qalbun. Baiki hati kita... Berbuatlah kerana Allah bukan sebab nak tunjuk pada makhluk..."
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu.
(HR Muslim)
Wallahu'alam.
1 comment:
Pandang Allah Ialah Pada Qalbu Bukan Pada Jasad. Nak Jaga Qalbu Ini Yang Payah. Cantek Qalbu Canteklah Jasad. Qalbu Yang Zuhud dan Ikhlas Pada Allah. Itulah Yang Terbaik.
Post a Comment