Hakikat Zahir dan Batin

Bismillahirrahmanirrahim.

Diperingatkan dalam majlis ilmu:

Antara yang mesti ada dalam solat ialah 
  • Hadir hati di hadapan Allah Taala.  
  • Kena faham apa yang kita sebut(bacaan dalam solat).  
  • Kena faham apa yang kita buat(perbuatan dalam solat contoh semasa rukuk, sujud dsb)  Biar timbul rasa besarnya Allah Taala, barulah rasa pengharapan pada Allah dan rasa malu pada kecuaian kita terhadap AllahTaala.
Jangan kita termasuk dalam golongan yang meninggalkan al-quran.  Kena faham dan amalkan al-Quran.  Jangan sekadar baca tapi tidak beramal dengannya. Kita makhluk yang dicipta. Kurnia Allah contoh mata, kaki dan tangan kita ada hadnya.  Mata terhad dapat melihat dalam jarak dekat sahaja.  Kalau jauh, dah tak nampak.  Ada yang dalam jarak dekat pun tak nampak dengan jelas, kena dibantu dengan spek mata..menunjukkan hakikat kita sebagai insan yang lemah.

Hiduplah kita dengan agama.  Nikmat yang Allah kurnia biar dapat sampai hingga ke Syurga.  Nikmat Allah buat kita bukan sekadar nikmat tapi sebahagiannya merupakan ujian buat kita.  Dari nikmat itu, mudah-mudahan kita jadi makin dekat dengan Allah bukan buatkan kita jadi lagi sombong, makin jauh dari Allah.  Hati biar dapat rasa kebesaran Allah.  Kalau ada duit banyak, tukar jadi pahala, ada kesihatan yang baik tukar jadi pahala, ada kebijaksanaan, harta, pangkat tukarkan semua biar jadi pahala.  

Gunakan nikmat Allah itu biar jadi pahala.  Dapat duit, ucap Alhamdulillah... Jangan hanya sekadar ingat nak ucap, "Sukanya hati, dapat lebih tahun ni, tahun lepas takde la dapat banyak macam ni..."  Bila dapat rezeki lebih, guna untuk kebajikan InsyaAllah jadi pahala.  Guna untuk belanja keperluan anak isteri, derma ke masjid, bantu orang-orang miskin, anak-anak yatim... maka itu tanda kita syukur dengan duit yang dapat.  Jangan guna untuk perkara maksiat, perkara yang melalaikan dan sebagainya.


Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat ayat 56:



Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Maka, bila kita pegang mata, tanyalah diri kita... mata ini banyak memandang ke mana...
bila pegang mulut.... tanya... adakah mulut ini banyak mengucapkan syukur pada Allah, adakah banyak membaca quran...
bila pegang tangan... muhasabah... tangan ini sering cari yang halal atau banyak cari yang haram....
begitu juga kaki... muhasabah... ke mana kaki ini sering melangkah...

Dirikan solat dengan tujuan 'ingat Allah'.  Kalau kita dirikan solat 4 rakaat sekalipun tapi kalau hati tak terdetik ingat Allah maka solat kita hanya sia-sia.  Solat menjamin kejayaan.  Sebutan al-Falah dalam laungan azan mengandungi dua-dua kejayaan di mana kejayaan dunia dapat, kejayaan akhirat pun dapat. Seorang mukmin yang berjaya ialah bilamana solatnya berhasil menjadikan dia seorang yang taat kepada Allah.

Betapa tinggi pun kita di kalangan manusia, tetap berada di belakang imam ketika solat.  Mulianya seseorang di sisi Allah hanya diukur dari sifat takwanya.  Hanya orang yang bertakwa mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah.

Sentiasa berusaha bersihkan hati untuk mendapat nikmat ibadah.  Untuk nak semak hati kita samada bersih atau tidak, bila buat ketaatan pada Allah akan rasa seronok, rasa manis saat melakukannya.  Itu tanda hati kita hidup dan tidak sakit.  Hati rasa senang dengan ibadah.  Bila sedekah bukan tangan yang sedekah sebaliknya sedekahnya datang dari hati yang membentuk perbuatan melalui tangan yang menghulur.  

Untuk bersih hati, kena buang sampah yang ada di dalam diri.  Buang sampah dalaman... selalu bermuhasabah diri, perbaiki amalan dengan berusaha ikut apa yang di suruh dan tinggal apa yang dilarang.  Hati akan teruji bila melakukan amal makruf dan nahi mungkar.  Jangan kita sekadar buat amal makruf tapi nahi mungkar, tinggal.

Kena buang sampah dalaman ibarat komputer yang kena pasang anti-virus.  Kita inputkan macam2 dalam komputer, semua bahan download bercampur-campur... jadi kalau takde anti-virus, cepat atau lambat sistem pasti korup.  Begitulah juga dengan hati.  Kena sentiasa ada operasi kebersihan untuk memastikan sampah2 dapat segera dibuang, tidak bertimbun banyak hingga ikut melemahkan sistem dalam badan kita.. ruhani dan jasmani... Jangan kita, sembahyang sembahyang tapi bila balik rumah leka dengan karaoke, game bola, cerita korea dan sebagainya.  Jangan kita sembahyang sembahyang tapi bila menghadiri kenduri, ikut bersubahat dalam perkara-perkara lara yang boleh mengundang dosa.

Jangan asyik nampak perkara negatif, yang baiknya kita tak nampak.  Contoh bila ada jiran yang suaminya 'keluar 3 hari' untuk urusan dakwah, mulut kita mudah nak mengata... "apa la.. boleh pulak dia keluar berdakwah 3 hari tinggalkan anak isteri..."  Sebaliknya bila jiran yang sebelah lagi ditinggal suami untuk urusan kerja out-station selama 2 bulan, takdelah pula kita nak cari negatif sebaliknya puji2 lagi sebab pandang tinggi terhadap pekerjaan dunia itu. Yang nampak mulia ialah kerja dunia yang berpangkat tinggi dan bergaji lumayan.  Tak rasa mulia kerja orang yang keluar di jalan dakwah. Waspadalah, jangan kita terlalu seronok dengan kehidupan dunia yang menjanjikan banyak habuan sampaikan kita jadi tak ingat untuk ke rumah Allah.  Tak sempat untuk nak datang solat berjemaah di masjid sebab sibuk nya kita dengan urusan dunia.... Moga dijauhkan kita dari sifat sedemikian.

Jika kita ada pandangan yang tak baik pada orang lain, itu tandanya hati kita masih belum bersih.  Kata orang ni tak bagus, orang tu tak elok... rasa yang eloknya kita.  Jangan asyik nampak perkara yang busuk pada orang lain.  Koreksi hati dengan usaha cari kebaikan berbanding selalu sibuk mencari keburukan.

Setiap ibadah yang kita lakukan bertitik-tolak dari hati.   Contoh: Masa kita berwudhuk, jangan sekadar kita meratakan wudhuk di anggota zahir saja.  Tumpukan bukan setakat membasahi yang zahir, tetapi biar ikut mampu membasahi yang batin.  Begitu juga dengan solat; ada hakikat zahir dan ada hakikat batin.  Adapun yang zahir itu ialah berdiri, membaca, rukuk, sujud dan seumpamanya.  Manakala yang batinnya ialah seperti khusyuk, hadir hati, tulus ikhlas yang sempurna, meneliti dan memahami makna bacaan, tasbih dan seumpamanya.  Tugas solat yang zahir ialah bahagian badan dan anggota manakala tugas solat yang batin ialah bahagian hati dan rahsia kebatinannya.

Wallahu'alam.


4 comments:

Anonymous said...

Semoga kita terpilih oleh Allah untuk faham makna ibadah yg kita buat. Semoga rajin mencari ilmu dan faham ilmu untuk beramal dan sebar2kan.

Werdah said...

Assalamu'alaikum Nur

Terima kasih kongsikan ilmu yang Nur dapat ni.. Mudah-mudahan dapat kita jadikan bahan muhasabah untuk diri kita setiap masa. Kebetulan kak ada kongsikan maksud muhasabah diri/intiqad di blog kak.. sayangnya tak dapat tulis banyak di sana.. dan ada lagi kuliyah ustaz yang belum diupload oleh Hamba Allah yang budiman.

Terima kasih sekali lagi..:)

nur said...

Anon,
TQ. Kata ustaz, kita berdiri solat biar sampai dapat capai tahap rasa kita dapat melihat Allah dan rasa Allah sedang perhatikan kita.



Kak Werdah,
TQ. Sering diperingatkan agar bermuhasabah diri perlu dilakukan setiap hari, jangan seminggu sekali atau sebulan sekali. Sama2 kita usaha koreksi hati. Thx kak..

Unknown said...

Masya Allah, Tabarakallah..

21/8/2020 ( 02 Muharram 1442H )

Hannah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...