Bismillahirrohmanirrohim
Semasa dengar Kuliah Maghrib mata hanya tertumpu ke depan. Jadi tanpa sengaja, selalu lah terpandang seorang pakcik yang sesekali keluar semasa kuliah sedang berlansung. Setiap kali nak keluar dari pintu masjid, pakcik tersebut terus berhenti sekejap sambil angkat tangan berdoa. Tak lama lepas tu, ternampak beliau sekali lagi mengangkat tangan sebelum kembali masuk ke ruang solat. Amalan beliau sering tak lepas dari perhatian saya kerana ianya berlaku berulang-ulang selama beberapa lama. Itu yang jadi semangat untuk ikut membaca doa bila nak masuk dan keluar dari masjid.
Tapi rasa musykil pulak ke mana agaknya pakcik tu dah pergi sebab rasanya dah agak lama tak nampak kelibat beliau di ruang solat utama. Dah lama tak nampak beliau yang selama ini sering istiqamah dengan amalan membaca doa masuk dan keluar masjid. Moga beliau sihat-sihat saja... aminn
No comments:
Post a Comment