Bismillahirrohmanirrohim.
Bila hendak ke masjid,
- pergilah awal sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Jika manusia mengetahui apa(pahala) pada panggilan(laungan azan) dan dalam saf pertama(iaitu solat dalam saf/barisan yang pertama dalam solat berjemaah) dan tidak mendapati cara lain untuk mendapatkan nya(pahala) kecuali dengan membuat undian, maka mereka akan membuat undian.... dan jika mereka mengetahui apa(pahala) yang diperolehi bagi solat Zuhur pada awal waktu(tahjeer) mereka akan berlumba-lumba untuknya... dan jika mereka mengetahui balasan solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, mereka akan datang untuk menunaikannya walaupun mereka terpaksa datang merangkak. Imam an-Nawawi berkata perkataan 'tahjeer' bermakna awal untuk solat.
- Berjalan dengan Sakeenah dan Waqaar. Jika mendengar iqamah, kemudian berjalan untuk solat dengan Sakeenah dan Waqaar. Sakeenah adalah bergerak dengan tenang dan mengelak daripada berlengah; dan Waqaar adalah menundukkan pandangan dan merendahkan suara, dan mengelak daripada melihat sekeliling dengan berlebihan.
- Berjalan ke masjid. Para ahli fiqh telah menetapkan bahawa untuk memperbanyakkan pahala, disarankan dalam sunnah supaya pergi ke masjid berjalan kaki dan tidak tergesa-gesa. Banyak kelebihan berjalan ke masjid. Rasulullah SAW berkata:"Mahukah kamu aku tunjukkan kamu sesuatu yang mana Allah mengampunkan kesalahanmu dan menaikkan darjatmu(dalam syurga)?" Para sahabat ra berkata,"ya, wahai Rasulullah." Rasulullah SAW menyebutkan yang daripadanya adalah memperbanyakkan langkah ke masjid."
- Berdoa apabila masuk ke masjid. Apabila salah seorang di kalangan kamu masuk ke masjid, baca selawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa dengan doa yang bermaksud;
- Masuk dengan kaki kanan
- Solat Tahiyatul Masjid apabila masuk ke masjid
- Menuju ke arah saf pertama: Jika manusia mengetahui apa (balasan) yang ada pada panggilan (laungan azan) dan dalam saf pertama(iaitu solat dalam saf/barisan yang pertama bagi solat berjemaah) dan mereka tidak mendapati cara lain untuk mendapatkannya (pahala) kecuali dengan membuat undian, maka mereka akan membuat undian....
- Berdoa apabila meninggalkan masjid; dengan doa yang bermaksud,
Juga diriwayatkan oleh Abu Daud, dengan tambahan membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.
Jom Masjid!
No comments:
Post a Comment