Bismillahirrohmanirrohim
Apa2 keraguan dalam hati kita
apa2 keyakinan dalam hati kita
apa2 sahaja yang kita sembunyikan
apa2 keyakinan dalam hati kita
apa2 sahaja yang kita sembunyikan
...semua Allah tahu
sombong itu sifat iblis
Sudah berapa banyak perintah Allah yang dah kita langgar. Mungkin itu yang jadi penyebab kenapa usaha kita tetap tidak mendatangkan hasil dan kenapa doa kita macam tak memberi kesan...
Sesiapa yang risau akhirat, maka dunia akan tunduk padanya...
- perbaiki solat kita
- solat biar khusyuk dan tawadhuk
- berdoa pada Allah lepas tunaikan solat yang khusyuk
- rasa nikmat bila ikut perintah Allah
- bila mula langgar perintah Allah, akan datang resah dalam diri
- jika lakukan usaha agama, InsyaAllah akan datang bantuan dan pertolongan Allah
- peruntukkan waktu duduk berzikir pada Allah. Boleh berzikir sendiri dan secara berjemaah. Yang tak bolehnya jika tak berzikir
- jangan ada rasa benci pada sesiapapun.
Maafkan semua orang, tak payah simpan dalam hati supaya perjalanan kita di akhirat nanti tak tersekat-sekat.
Mohon Allah matikan kita dalam husnul-khatimah. Mohon Allah jauhkan kita dari dimatikan dengan suul-khatimah kerana ia adalah seburuk-buruk pengakhiran.
Niat iktikaf di dalam masjid
Sibukkan diri dengan doa, selawat dan istighfar pada petang khamis dan hari Jumaat. Elakkan terlibat dalam banyak urusan dunia pada hari Jumaat. Warna pakaian yang terbaik pada hari Jumaat adalah warna puteh. Memakai serban adalah mustahak pada hari Jumaat.
Syafaat adalah bermaksud pertolongan. Syafaat Nabi SAW amat kita perlukan. Ia adalah sokongan Nabi SAW yang boleh membawa kita menuju ke Syurga. Jangan merasa selesa dengan ibadah kita sekarang. Jangan rasa dah banyak buat ibadah. Jangan sudah rasa selesa dek kita tak pernah tinggal solat, tak pernah tak puasa di sepanjang bulan Ramadhan. Belum tentu ibadah yang kita lakukan Allah terima sepenuhnya. Sebagai hamba yang lemah sudah pasti banyak kekurangan di mana-mana. Selain pahala kita juga membawa dosa pulang ke sana. Berdoa agar mendapat syafaat Rasulullah SAW. Perbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Perbaiki ibadah kita biar makin sempurna. Jaga solat kerana kalau baik macammana sekalipun kita tapi jika tak solat, Allah tak terima. Ingatkan anak-anak agar sentiasa 'jaga solat'.
1 comment:
Kesimpulannya solat adalah ibu segala ibadah. Ya Allah aku berdiri mengadap Mu. Khusyukkanlah solatku & terimalah solatku ini..
Post a Comment