Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah sering diperingatkan oleh para ustaz untuk tidak melupakan saudara-saudara kita yang sedang dalam dukacita di luar sana. Kita tidak mampu ke sana namun bantulah mereka sekurang-kurangnya dengan doa kita. Berdoalah untuk mereka. Adalah menjadi tanggung-jawab setiap dari kita untuk mendoakan kaum muslimin yang sedang dalam kekurangan di sana. Sesungguhnya mereka masih tidak dapat mengecapi nikmat keamanan sepertimana yang sedang kita kecapi sekarang ini. Kata ustaz, kita di sini tiada masalah untuk ke masjid, tiada masalah untuk keluar ke sana kemari namun begitu berbeza dengan kedudukan mereka yang sekarang ini jika hendak berkumpul di masjid sekalipun, besar kemungkinan akan ditembak, jika hendak keluar dari rumah pun, besar kemungkinan akan ditangkap...
Nikmat keamanan yang kita perolehi hari ini hendaklah kita zahirkan kesyukurannya dengan ikut mendoakan keamanan buat saudara-saudara seIslam kita yang saat ini sedang tertindas.
Hadis Nabi SAW ada menyebut:
"Bukan dari golongan kami, orang yang tidak mendoakan kaum muslimin yang lain."
"Tuan-tuan, adalah menjadi tanggung-jawab kita semua untuk mendoakan agar Allah kembalikan keamanan kepada mereka, semoga Allah beri kemenangan kepada mereka...", terdengar suara ustaz dalam nada sayu berpesan kepada kami dalam tazkirah pendek beliau selepas solat Isyak. Saya dan sahabat di sebelah bergenang airmata takkala ikut ustaz berdoa buat Dr Mohamad Mursi dan saudara-saudara Ikhwanul Muslimin di bumi Mesir.
Dalam banyak sesi kuliah Maghrib yang lain, para ustaz mengingatkan agar kita tidak menjadi seperti buih-buih di lautan ataupun buih-buih ketika banjir. Maknanya bila angin tolak ke barat, kita ke barat. Angin tolak ke timur, kita ke timur. Buih-buih tersebut walaupun begitu banyak namun ternyata tidak memberi sebarang nilai. Begitulah perumpamaannya umat Islam ketika ini di mana walau berada dalam bilangan yang sebegitu ramai namun jelas agak tidak terkandung kualiti, tidak dapat memberi manafaat.. Kata ustaz, bak kata orang N9... hampeh!
Ustaz tegaskan bahawa bila tak ada kualiti dalam diri umat Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam Hadis Nabi SAW, maka Allah akan menarik perasaan gerun di dalam hati orang kafir dan orang musyrikin terhadap kamu lalu Allah campakkan ke dalam diri kamu penyakit iaitu penyakit cinta dunia dan takut mati. Cinta dunia itu termasuklah cinta duit, cinta kuasa, cinta pangkat, cinta perempuan, cinta konsert-konsert lagho dan sebagainya. Janganlah kiranya di saat saudara-saudara Islam kita sedang di dalam kesempitan di sana, kita di sini masih boleh terbuai dengan hiburan yang begitu melarakan... astaghfirullah hal adzim. Sama-sama insafi diri. Jangan kiranya kita seolah-olah redho dengan kezaliman yang sedang berlaku.
Daripada Tsauban ra berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)
Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113, yang bermaksud:
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Mohon pada Allah agar dikurniakan hati nurani dan rasa kemanusiaan dalam diri kita. Moga Allah kurniakan rasa peduli dalam hati kita agar kita dapat ikut merasakan kesulitan dan keperitan yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara seIslam kita yang sedang dizalimi.. Pesan ustaz, jangan lah kita sekadar mengaku Islam hanya dengan nama di dalam kad pengenalan, jangan sekadar mengaku Islam hanya kerana lahir-lahir memang dah Islam sebab mak ayah kita Islam. Jadilah kita hambaAllah yang Islam pada keseluruhannya, zahir Islam batin pun Islam. Biar semua cara hidup kita, cara berpakaian, cara fikir, cara tindakan, cara tutur dan cara tulis kita... biar semuanya Islam.. barulah nanti kita akan terkecuali dari kemungkinan menjadi buih-buih tersebut... InsyaAllah.
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment