Bismillahirrahmanirrahim.
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Thaha ayat 114, yang bermaksud:
“Dan katakanlah: “Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.”
Allah Ta’ala juga berfirman:
”Katakanlah:”Apakah sama antara orang-orang yang mengetahui – yakni berilmu – dan orang-orang yang tidak mengetahui – yakni tidak berilmu.” (az-Zumar:9)
Allah Ta’ala berfirman lagi:
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa derajat.” (al-Mujadalah:11)
Dikatakan ada empat golongan yang diberi pahala dalam majlis ilmu iaitu:
- Orang yang bertanya
Dari Abu Hurairah r.a pula bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk – yakni kebenaran, maka baginya
adalah pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak dikurangi
sedikitpun dari pahala mereka itu.”
(Riwayat Muslim)
Dari Sahl bin Sa’ad ra bahawasanya Nabi SAW bersabda kepada Ali ra:
“Demi Allah, niscayalah andaikata Allah memberikan petunjuk kepada
seseorang lelaki dengan perantaraan usahamu, maka hal itu adalah lebih baik
daripada unta-unta yang merah-merah.” Sebagai kiasan hartabenda yang paling
dicintai oleh bangsa Arab. (Muttafaq ‘alaih)
Dari Abu Hurairah ra., katanya: “Rasulullah SAW bersabda:
Dari Abu Hurairah ra pula., katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang belajar ilmu untuk maksud lain selain dari redha Allah SWT (umpamanya untuk mencari kemuliaan, kemasyuran, harta dan lain-lain) maka hendaklah dia menempah tempatnya di neraka Jahanam. (HR Tirmidzi)
Dari Abu Hurairah ra., katanya: “Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga.” (Riwayat Muslim)
Dari Abuddarda’ ra., katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu niscayalah meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, kerana ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu. Sesungguhnya orang alim itu niscayalah dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampaikan ikan-ikan yu yang ada di dalam air. Keutamaan orang alim atas orang yang beribadat itu adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi itu tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali.” (Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)
Dari Anas ra., katanya: Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah sehingga ia kembali.”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.Dari Abu Hurairah ra pula., katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dari golongan ilmu yang semestinya untuk digunakan mencari keredhaan Allah 'Azzawajalla, tetapi ia mempelajarinya itu tiada lain maksudnya, kecuali hendak memperoleh sesuatu tujuan dari keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan dapat menemukan keharuman syurga pada hari kiamat." Yakni bau harumnya syurga itu tidak akan dapat dirasakannya.
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang belajar ilmu untuk maksud lain selain dari redha Allah SWT (umpamanya untuk mencari kemuliaan, kemasyuran, harta dan lain-lain) maka hendaklah dia menempah tempatnya di neraka Jahanam. (HR Tirmidzi)
- orang yang ada ilmu lalu mengajarkannya yakni menyampaikan ilmu tersebut
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka
Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.” (Muttafaq ‘alaih)
Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah SWT ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar.
(HR Bazzar, Tabrani)
Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah SWT ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar.
(HR Bazzar, Tabrani)
Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Nabi SAW
bersabda:
“Sampaikanlah – kepada orang lain – ajaran yang berasal daripadaku,
sekalipun hanya seayat belaka.
Percakapkanlah tentang kaum Bani Israil – yakni kaum Yahudi – dan tidak
ada halangan apapun. Dan barangsiapa
yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka baiklah ia menempati tempat
duduknya dari neraka.” (Riwayat
Bukhari)
Dari Abu Hurairah ra katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu ilmu, lalu ia menyimpannya –
yakni tidak suka menerangkan yang benar, maka ia akan diberi kendali –
dimulutnya – besok pada hari kiamat dengan kendali dari neraka.”
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Termidzi dan Termidzi
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Dari Abu Umamah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Keutamaan orang alim atas orang yang beribadat ialah seperti keutamaanku
atas orang yang terendah di antara engkau semua.” “Selanjutnya Rasulullah SAW
bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, juga para penghuni langit
dan bumi, sampaipun semut yang ada di dalam liangnya, bahkan sampaipun ikan yu,
niscayalah semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang
mengajarkan kebaikan kepada para manusia.”
Adapun yang selain Allah ialah memohonkan agar orang-orang yang mengajar
kebaikan itu diberi kerahmatan oleh Allah.
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan.
- orang yang mendengar
“Allah memberikan kenikmatan kepada seseorang yang mendengarkan sesuatu
ucapan dari kami – yakni dari Nabi SAW – lalu ia menyampaikannya sebagaimana
yang didengar olehnya. Maka banyak
sekali orang yang diberi berita itu lebih dapat mengingat-ingat – yakni lebih
memperhatikan – daripada orang yang mendengarnya sendiri?”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan shahih.
Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Kamu semua hari ini mendengar perkara-perkara keagamaan dariku, esok perkara-perkara ini didengari pula daripada kamu. Kemudian ia didengari pula dari orang-orang yang mendengarinya daripada kamu (kerana itu dengarlah dengan teliti dan sampaikanlah kepada orang-orang yang selepas kamu, supaya mereka dapat menyampaikan kepada orang-orang selepas mereka, dan urutan ini berterusan). (HR Abu Daud)
- orang yang kasih pada majlis ilmu itu
Moga Allah lindung diri kita dari termasuk dalam golongan orang yang membenci majlis ilmu atau yang menghalang dari dapat berlangsungnya majlis ilmu...
Dari Abu Bakar ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kamu seorang yang alim atau orang yang belajar ilmu agama atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu. (HR Tabrani)
Dari Abu Said al-Khudri ra dari Rasulullah SAW., sabdanya:
“Tiada sekali-kali akan kenyanglah seseorang mukmin itu dari kebaikan,
sehingga penghabisannya nanti adalah Syurga.”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan.
Di akhir tazkirah, ustaz berpesan agar kita semua bila mempelajari atau mendengar ilmu,
sampai2 kan lah pula kepada ahli keluarga dan sahabat2 yang lain yang tidak
berpeluang mendengar. Ia merupakan salah
satu usaha kita yang berharga dalam mencari saham akhirat yang InsyaAllah akan dapat membantu kita
di sana nanti.. ameen
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment