Bismillahirrahmanirrahim
Dalam kita melakukan sebarang usaha, dalam hati biar hanya ada Allah. Bukan sebab lain. Dalam hati jangan ada kuasa lain. Kena 100% yakin hanya Allah. Yang dikesalkan ialah kita ini bagai dah
sebati sebab dah lama dididik dah lama ditarbiyah contoh: Masa kecik2 dulu, ditakutkan dengan benggali,
hantu, polis dan sebagainya. Jadi takut
pada makhluk tu, ada.
Kukuhkan tauhid. Kenal sifat makrifat Allah baru dapat kenal Allah. Janganlah kiranya sifat 20 pun kita masih tak tahu. Umur kita pun bukannya baru baligh, maka jangan sifat 20 pun belum hafal2 lagi. Bila
kenal Allah, maka akan tiada syak, maka akan tiada ragu, yakin sepenuhnya dia akan
Allah. Tidak percaya ia pada perkara khurafat yang boleh membawa kepada dosa
syirik.
Ada yang berpesan. "Baik-baik ustad time lalu kat situ, jalan tu keras sikit..."
Amboi boleh pulak pesan macam tu.
Padahal yang berpesan itu bukan sebarang orang tapi orang mengaji. Maka
jelas, belum berjaya lagi. Belum sampai
maqam orang yang berjaya...
Ada yang kata..."ibu saya tak boleh mati sebab ada saka, ustad..."
Ustad tanya balik, "kamu tau ke saka tu apa?" Dia mengeleng
kepala. Dia sendiri tak tahu apa itu
saka. Tak boleh kata 'tak boleh mati
sebab ada saka' sebab itu tanda berlaku syirik kepada Allah kerana, Yang
Menghidupkan dan Yang Mematikan makhluk ialah Allah. Allah yang tentukan hidup mati seorang
insan. Maka kembalilah pada Allah. Minta pada Allah dengan doa yang tidak
putus-putus agar Allah melepaskan ibu kita secara mulia. InsyaAllah Allah akan makbulkan doa yang
ikhlas dan berterusan... ameen
Wallahu'alam.
***hanya sedikit ilmu yang dapat dikongsi, sebab sampai ke masjid dah lewat...
No comments:
Post a Comment