Titik-titik hujan masih turun masa kami dalam perjalanan ke masjid. Walaupun sampai agak lewat, azan masih belum berkumandang. Senang dapat parking sebab kereta tak sesak sangat... Sebab hujan agaknya, maka tak ramai yang datang berterawih malam tadi. Ruang solat yang padat selama 4 malam sebelum ini, dah tinggal banyak ruang kosong.
Slot tazkirah di-isi secara bidan terjun lagi, kali ini oleh Imam 1 Masjid. Penceramah jemputan atas alasan tertentu tidak dapat hadir menyampaikan ilmu., Jadi Imam mengambil masa yang singkat saja, menyentuh tentang soal perkara-perkara yang boleh membuat solat kita tidak sah atau terbatal.
Imam menegaskan bahawa solat adalah bekal ibadah yang akan kita bawa mengadap Allah. Jika sempurna solat alhamdulillah... sebaliknya jika tidak sempurna makanya kita nanti akan menyesal kerana waktu itu dah tak dapat patah balik, dah tak berpeluang perbaiki solat2 kita yang tak sempurna. Jangan terus menjadi orang yang tidak tahu tentang sah atau tidaknya solat yang kita lakukan. Jika terus tidak mahu ambik tahu, dikhuatiri amal ibadah kita hanya mengundang dosa bukannya mendatangkan pahala...nauzubillah...
Antara yang sempat Imam sebutkan ialah berkenaan dengan kesalahan terkeluarnya perkataan dan perbuatan yang tidak sepatutnya dalam solat kita seperti:
1. Mengeluarkan suara dengan sengaja ( yang selain dari bacaan dalam solat, doa dan zikir )
Suara yang dimaksudkan termasuk suara yang tidak difahami dan suara yang difahami, Suara yang tidak difahami ini misalnya berdehem dengan sengaja. Contohnya apabila kita terasa macam nak batuk, kita terus mengeluarkan suara “ermm ermmm” untuk elakkan batuk. Perbuatan ini boleh membuatkan solat kita menjadi tidak sah dan seterusnya terbatal. Jika sekali dua dalam terpaksa tidak mengapa namum jika lebih-lebih atau berulang kali, batal solat. Suara2 seperti mengerang dan ketawa juga termasuk dalam perkara yang membatalkan solat.
2. Melakukan pergerakan dengan sengaja.
Contoh: Tangan berayun-ayun semasa berdiri, kaki tidak tinggal tetap maksudnya bergerak seakan2 orang berbaris, menggaru di sana sini melebihi tiga kali juga boleh membatalkan solat.
Banyak lagi perkara2 yang boleh membuat solat kita jadi tidak sah. Kita sebaiknya rajin merujuk kitab2 feqah dan berguru untuk mendapatkan ilmu, termasuk mendalami tentang syarat sah, rukun2 dalam solat serta perkara2 yang boleh menyebabkan solat kita terbatal.. Jangan kita terus menjadi orang yang tidak berilmu dalam hal mentaati Allah. Bila adanya ilmu tentang solat serta dapat lafazkan bacaan dengan betul di samping usaha berterusan untuk faham setiap makna bacaan di dalam solat, maka InsyaAllah fikiran dan jiwa kita dapat ditumpukan sepenuhnya dalam solat yakni timbulnya rasa kusyuk kita dalam mengingati Allah swt. Wallahu'alam.
Harap amal diterima Allah...aminn
6 comments:
pedoman dan nasihat yg baik..
trimakasih berkongsi info dan pengetahuan..
saya perlu selalu diingatkan. terima kasih
Teruskan perjuangan berkongsi ilmu di medan siber untuk manfaat kita bersama.
Alhamdulillah sal, sama2 berkongsi ilmu, panjang2kan..InsyaAllah
Cikli..
Majlis ilmu majlis peringatan.. InsyaAllah dapat mengingatkan..
Anon..
..jangan biar ilmu tenggelam takat dalam diri kita sahaja, sebar2kan moga ada manafaatnya..aminn
Post a Comment