Alhamdulillah, malam pertama solat terawih begitu melimpah jemaahnya. Kereta bersesak-sesak parking di dalam dan di luar kawasan masjid. Alhamdulillah syukur, moga berpanjangan semangat ahli kariah kawasan kami untuk terus mengimarahkan rumah Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.. InsyaAllah.
Solat Terawih didirikan 8 rakaat beserta 3 rakaat witir. Di selangi di pertengahannya dengan sesi tazkirah oleh seorang ustaz jemputan.
Ustaz ingatkan.... jangan kita asyik fikir tentang keperluan jasmani semata2 tiapkali bangun tidur. Tiada lain fikir, hanya fikir nak makan apa hari ni, nak naik kereta yang mana... wira ada, mivi ada, innova pun ada... sampai duk berkira-kira nak naik yang mana satu tiap hari.
Kena ingat ada keperluan rohani yang perlu di-isi. Jangan hanya fikir tentang keperluan jasmani. Jangan kita lupakan zikir dan doa untuk makanan roh. Kena cukup bagi makanan untuk roh sebab jika tidak diberi makanan yang secukupnya, roh akan menderita, gelisah dan menangis.
Kita datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Sentiasa ingat hakikat itu, maka akan bersungguh-sungguhlah kita mengisi diri dengan makanan roh. Semua kerja kita, perkataan, amalan samada yang tersembunyi maupun terang nyata semuanya akan dihisab di hari pembalasan. Jika roh baik maka baiklah segala perlakuan kita. Hati jadi terdidik dengan iman. Segala perlakuan InsyaAllah akan menjurus pada kebaikan.
Bersempena kedatangan Ramadhan, tarbiyahkan diri dengan al-Quran. Perbanyakkan membaca al-Quran. Ingat bahawa Ramadhan adalah satu anugerah Allah buat kita. Di dalamnya terhimpun banyak ruang dan peluang untuk kita memperbanyakkan amal. Besarkanlah hukum Allah. Muliakan bulan Ramadhan. Bina keluarga kita dengan iman yang sebenar. Bersama-sama memburu malam Lailatul-Qadr di bulan Ramadhan yang begitu istimewa, malam yang lebih baik dari seribu bulan. 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun + 3 bulan.
Jadi tunggu apa lagi, jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buat kita.
Berpuasa + berterawih+ bertaddarus + bersedekah + solat malam + zikrullah + doa = di sepanjang bulan Ramadhan.
Malam Lailatul Qadr hanya berada dalam pengetahuan Allah saja. Berusahalah kita merebutnya..all out beramal soleh.. InsyaAllah akan beroleh kejayaan...aminn

6 comments:
word ini sgt terkesan di hati..
-kita dtg dari Allah dan akan kembali kepada Allah..
-Mengisi makanan rohani
-ramadhn anugerah,tarbiyahkan diri dgn AlQuran...
terimakasih..terimakasih sesangat atas ingatn ini...
SELAMAT MENHAYATI BULAN RAMADHAN..
Kedatangannya dinanti..perginya ditangisi..
Penuh masjid itu kerana ibadat atau adat? Apapun semarakkan ibadah dgn mengimarahkan masjid dan surau. Jangan tipu diri sendiri kerana diri sendiri yg rugi.
sal...
Sama2.. timakasih sama buat sal yang sudi datang baca..
pakat2 kita tarbiyah diri dengan menghayati al-quran kan sal.. sibuk camana sekalipun mesti slot masa untuk ngaji kurang-kurang 2m/s tiap-kali lepas solat.
Selamat Menyambut Ramadhan, sal..
anon...
Jika masih kerana adat, kira ilmu belum sampai tu... maka tambahlah ilmu InsyaAllah ilmu dapat suluh diri. Destinasi perjalanan dah tak jauh mana. Ibarat naik bas, kalau tak tekan loceng sekalipun, bas boleh berenti bila-bila masa, boleh emergency brek lagi..
semoga yang ramai tu termasuk saya
Cikli..
Dah tentu pasti InsyaAllah. Kita pahatkan di hati, Ramadhan satu anugerah. Beramal biar sampai timbul kemanisan dalam ibadah.. even imam baca panjang pun rasa manis, tazkirah terlebih masa pun rasa manis. Terbangun tengah malam, rasa manis untuk beribadah maka terus bangkit ambil wudhuk solat 2 rakaat..
Post a Comment