Sebagai intro, ustaz membacakan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Siapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Kemudian ustaz susuli pula dengan fiman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan terhadap orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Ramadhan kita sambut dengan hati yang gembira kerana Allah telah limpahkan kehalusan hati nurani dalam diri kita. Kita jadi teruja lalu bersungguh-sungguh berbuat amal berbeza dari bulan-bulan lain. Hikmah Ramadhan boleh menjana ketakwaan atau dalam bahasa mudahnya dapat melahirkan hamba Allah yang bertakwa, sebagaimana yang Allah sebut dalam ayat 183 itu, di mana hasil dari konsisten beramal di bulan Ramadhan InsyaAllah mudah-mudahan mampu menjadikan kita sebagai orang yang bertakwa....aminn
Puasa adalah satu medan ujian untuk melihat samada kita mampu menghayati sepenuhnya bulan Ramadhan atau sebaliknya. Betapa ramai yang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Allah tak ambik kira dan tak beri pahala disebabkan puasa yang dilakukan sekadar puasa orang-orang awam yang tidak disertakan dengan iman dan takwa pada Allah Taala.
Ramai yang berpuasa namun puasa tanpa solat, tanpa menutup aurat dengan sempurna, tanpa berpuasa mulut, mata, telinga, kaki dan tangan. Berpuasa namun masih menonton tv yang memaparkan orang2 yang tak menutup aurat dan perlakuan yang menjolok mata. Berpuasa namun masih terus dengan aktiviti mengumpat dan mengata orang.
Rukun Islam bermula dengan Iman, iaitu beriman kepada Allah. Begitu juga dengan rukun Islam yang bermula dengan aqidah. Kenapa? Sebab bila bermula dengan aqidah, rukun-rukun lain selepas itu mesti ada aqidah. Mohon pada Allah 'Ya Allah tetapkanlah iman hamba..." Bila iman teguh, InsyaAllah dapat melahirkan takwa. Kita nantinya dapat menjawab persoalan kenapa perlunya kita berpuasa? Adakah kerana mengikut adat (puasa sebab ikut suasana sebab semua orang berpuasa di bulan Ramadhan) atau kerana mengikut ibadat? Sesungguhnya kita berpuasa atas dasar beriman kepada Allah.. Subahanallah.
Untuk melahirkan takwa pada Allah:
Konsisten melakukan ibadah sepanjang Ramadhan InsyaAllah dapat lahirkan 'jiwa hamba' yang tenang dan kita mampu menjadi insan yang bertakwa InsyaAllah. Jangan rosakkan sebahagian besar pahala ibadah kita dengan merokok, berbual kosong, berlebih-lebihan dalam berhibur yang menjurus kepada maksiat di luang2 waktu selepas berterawih.
Wallahu'alam.

- Hidupkan jemaah... bangun pagi-pagi bermula solat subuh, berjemaahlah kita samada di surau atau masjid. Dirikan kelima-lima solat fardhu secara berjemaah. Ramadhan mengajak kita kepada jemaah. Buktinya walaupun tidak ada surat pekeliling di edarkan, tapi bila sampai tarikh 30hb Syaaban, orang ramai berpusu-pusu ke masjid untuk tunaikan solat terawih. Kalau selalunya ke masjid seorang diri, tapi di bulan Ramadhan, kita bawak anak dan isteri ke masjid. Kita hidupkan jemaah... kekalkan, jangan pula nanti bila habis Ramadhan, dah berkurang atau tiada jemaah.
- Membaca al-quran... Dengan kedatangan Ramadhan, ramai yang terbuka hati untuk membuka lembaran al-Quran. Al-Quran yang lama duduk di tingkat paling atas lemari buku di ambil dan dibelek. Ada suasana al-Quran, menghidupkan al-Quran. Sama-sama kita baca Quran dan ambil al-Quran sebagai cara hidup kita. Bila kita berpandukan al-Quran InsyaAllah akan sentiasa beroleh hidayah dari Allah Taala.
- Sedekah...Ramadhan mengajar kita untuk bermurah-hati memberi sedekah. kalau biasanya selama ini kita jarang bersedekah, tapi di bulan Ramadhan jadi suka bersedekah InsyaAllah.
- Solat terawih dan solat witir - Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Tidak kira samada mengerjakannya secara bersendirian atau berjemaah, yang pasti ia melengkapkan lagi jadual ibadah kita di bulan Ramadhan. Berlumba-lumbalah kita mengambil peluang beribadah di bulan yang penuh berkat ini. Tutuplah solat terawih dengan solat witir. Biarpun niat kita akan bangun malam dan langsung akan buat solat witir, namun tidak salah terus menutup solat dengan solat witir selepas terawih. Jadi bila kita bangun malam, dah tak perlu lagi melakukan witir.
- Qiam... bangun solat malam. Biar ada usaha di samping niat dengan kunci jam jika bimbang tidak terjaga. Lakukan solat malam dengan penuh keimanan dan pengharapan pada Allah SWT. Hadis Rasullallah yang bermaksud: Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. “(Hadits Muttafaq ‘Alaih) .
Konsisten melakukan ibadah sepanjang Ramadhan InsyaAllah dapat lahirkan 'jiwa hamba' yang tenang dan kita mampu menjadi insan yang bertakwa InsyaAllah. Jangan rosakkan sebahagian besar pahala ibadah kita dengan merokok, berbual kosong, berlebih-lebihan dalam berhibur yang menjurus kepada maksiat di luang2 waktu selepas berterawih.
Wallahu'alam.
3 comments:
tazkirah sepanjang ramadhan dan masa
Cikli..
Tazkirah InsyaAllah dapat mengingatkan kita.. jom cintai majlis ilmu..
Terus bertazkirajh iaitu ingat mengingati supaya faham dan rajin beramal serta ada ilmu di sebalik amalan, insyaAllah.
Post a Comment