Posting ke 2 hari ini selepas post pasal Tazkirah pada 6 Ramadhan.
Nak tunjuk kueh untuk buat berbuka petang ni.... Dalam sibuk2 buat larian di dapur, sempat buat Sira Pisang Tanduk yang sangat maveles! Time bulan2 puasa ni, asyik ingat nak menyira je... Sira Pisang memang best sangat kalu makan time bulan puasa ni.
Pisang tanduk tu en suami yang belikan semalam. Beli tiga biji yang kulitnya dah betul2 kuning, risau saya takut dah terlebih masak tak sedap pulak nak menyira. Tapi tengok2 hari ni, ok pulak... just nice rupanya pisang yang suamiku belikan tu.. he he
Siapa-siapa yang belum tercetus idea nak buat kueh apa untuk berbuka nanti, jom menyira sama... lepas siap sira, tunggu sejuk jap terus masuk peti-ais... karang kul 7.20 InsyaAllah dah sejukkk untuk dimakan... alhamdulillah.
Selamat berbuka puasa petang nanti ... assalamualaikum wrt hi wabarakatuh.
10 comments:
Wow nampak lazat dan hebat !!
manisnya sampai keluar monitor komputer cabuk ini
alhamdulillah...dpt merasai rezki pisang tanduk..payah sebenarnya nak jumpa..pisang biasa adalah..
kadang2 nak menyediakan juadah pun terfikir2 juga yee..terkadang no idea..
anon...
Memang lazat sira pisang tanduk.. :)
Cikli..
Itu la.. makan tak brape beringat.. bila ingat bahaya penyakit kendur semetar semangat nak menyira.. :)
sal..
Memang best kalau sesekali jumpa pisang tanduk.. wat pengat pun sedap..hehe
Itu ler, kadang takde idea nak wat kueh apa untuk berbuka.. selalu wat yang senang dan cepat je sal, bizi.. :)
Salam Nur, suami CM pun suka makan pisang tanduk tapi di SP ni susah jumpa la..
Wsalam CM..
Itu ler, rasa pisang tanduk lain dari pisang2 lain, rasa dia istimewa.. tu yang ramai suka..
Terai cari kat pasar tani CM, InsyaAllah ada tu.. :)
sedapnya,pisang tanduk mmg best, goreng pun sodappp
Mamasyaza...
Betul, goreng pun sodapp.. anak bujang saya, kalu tanya suka pisang goreng.. :)
Post a Comment