Bismillahirrahmanirrahim.
Ketahuilah, wahai saudara-saudaraku kaum Muslimin, moga-moga Allah melorongkan kami dan kamu ke jalan yang mudah, dan menjauhkan kami sekelian dari jalan yang sukar, serta mengampunkan kita sekelian di akhirat, juga di dunia.. amin.
Bahawasanya bulan Ramadhan itu adalah suatu bulan yang tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah dan RasulNya, dan dia juga menjadi penghulu segala bulan. Padanyalah Allah memfardhukan puasa ke atas kaum Muslimin, dan dicatitkan ia sebagai wajib yang tidak boleh ditinggalkan.
Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa."
Di dalam bulan Ramadhan juga, Allah SWT telah menurunkan kitab suciNya(al-Quran), dan dipilih di antara malam-malamnya suatu malam Lailatul-qadr, yang mana ia adalah lebih utama dari seribu bulan. Seribu bulan ialah kira-kira 83 tahun. Cuba anda renungkan kiraan itu, dan sematkan di dalam fikiranmu, malam apakah itu yang dipandang oleh Allah SWT lebih baik dan lebih utama dari masa yang begitu panjang sekali.
Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 185, yang bermaksud:
"Di dalam bulan Ramadhan itulah diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan yang membezakan (antara kebenaran dan kesesatan)"
Kemudian Allah Taala berfirman pula dalam surah al-Qadr ayat 1 - 3, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-qadr. Tahukan anda apa dia malam Lailatul-qadr. Lailatul-qadr itu lebih utama dari seribu bulan."
Menerusi firman Allah Taala di atas, kita maklum bahawa Al-Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul-qadr sebagai tanda khususiahnya.
Bermula turunnya Al-Quran dari Lauh Mahfuzh ke Baitul-Izzah di langit dunia. Al-Quran mula diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul-Izzah, dan sesudah itu diturunkan pula oleh Jibril a.s. ke atas Rasulullah SAW dengan perintah Allah SWT satu persatu dalam masa 23 tahun. Itulah masa turunnya wahyu ke atas Rasulullah SAW. Baginda menerima wahyu dari Allah Taala ketika berumur 40 tahun, dan baginda SAW telah wafat ketika berumur 63 tahun. Demikianlah menurut kata ulama muhaqqiqin dari para salaf dan khalaf.
Wallahu a'lam.
**Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman
Iman Habib Abdullah Haddad

No comments:
Post a Comment