Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan menghantar anak balik ke kolej pengajiannya, en suami bertanya tentang apakah azamnya sempena masuk ke semestar baru itu. Jawab anak saya, InsyaAllah mahu istiqamah baca al-Mathurat tiap hari, tundukkan pandangan semasa berjalan dan studi lebih sikit dari sem lepas.. :)
Alhamdulillah, mama doa berjaya! Moga mudah urusan anakku. Usaha lah untuk tingkatkan kualiti diri kita sebagai hambaAllah. Bersolat-lah di awal waktu, slotkan masa mengaji quran sekurang-kurangnya dua mukasurat tiapkali lepas solat fardhu serta sering2 mohon doa pada Allah. Allah mendengar doa kita. Mama doa Allah tetapkan imanmu, moga menjadi insan yang berjaya dunia akhirat...aamiinn
...............................
Dalam Kuliah Maghrib, Alhamdulillah ustaz sampaikan peringatan....
Hendaklah setiap Mukmin melazimkan diri berdoa pada semua waktu, samada di waktu susah mahupun di waktu senang-lenang, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:
"Jika anda mengenal Tuhan pada waktu senang, niscaya Dia akan mengenal anda pada waktu susah."
Sabdanya lagi:
"Sesiapa yang ingin agar Tuhan mengabulkan permohonannya pada waktu susah dan sempit, maka hendaklah ia memperbanyak doa pada waktu senang-lenang."
Waktu senang kita ingat Allah. Waktu kita dalam kesusahan, keresahan, kita ingat Allah. Sering berdoa agar kita tergolong sebagai orang yang sentiasa mengingati Allah. Dituntut agar setiap dari kita ikut sebagaimana Nabi SAW. Contoh: Sunnah berwudhuk sebelum tidur, sunnah berdoa sebelum tidur. Jangan ambil remeh. Amalkan kerana kita tidak tahu dengan sunnah yang mana satu akan menjadi asbab untuk kita mendapat redha Allah, asbab kita mendapat rahmat dan keberkatan dalam hidup kita. Mungkin semasa orang tak nampak, di sana lah ada keikhlasan dalam hati kita mengerjakan sesuatu amalan. Semoga Allah golongkan kita sebagai orang yang suka pada sunnah-sunnah Nabi SAW. Dapat berbuat amalan hanya ketika masih berada di atas dunia, di akhirat nanti hanya tempat menunggu balasan.
Dikatakan...
1)setiap dari manusia itu pasti ada yang dia asyik dan dia kasih. Ada orang yang kasihkan isteri, kasihkan anak. Ada yang kasihkan sahabat handai, kasihkan saudara-mara dan ada yang begitu kasih pada harta.
2)sebahagian dari orang-orang yang dia kasih itu mungkin hanya datang menziarahinya semasa sakit. Namun waktu meninggal dunia ramai yang tak sempat datang ziarah.
3)sebahagian lagi ikut menghantar ke kubur namun selepas itu semuaya balik, terpaksa meninggalkan dia keseorangan di dalam kubur. Yang menangis waktu itu belum tentu menangis kerana kita yang mati, mungkin dia menangis kerana memikirkan diri sendiri.
Kesimpulannya, orang atau perkara yang kita kasih semuanya tidak dapat menemani kita hingga ke dalam kubur. Semua akan kita tinggalkan atau dia yang pergi meninggalkan kita. Maka siapa sebenarnya sebaik-baik kekasih kita? Sebaik-baik yang kita kasih itu sebaiknya yang boleh masuk sekali dengan kita ke dalam kubur. Hakikatnya tak dapat dicari siapa pun orangnya kecuali amal soleh. Sama-sama insafi diri. Segeralah mengambil amal soleh sebagai kekasih, semoga ia akan jadi cahaya buat diri kita di dalam kubur dan tak akan meninggalkan kita.
Ingat hakikat Allah yang beri makan minum, tempat tinggal dan segala kecukupan kepada kita. Allah pinjamkan kepada kita bumi, bulan dan matahari yang tak perlu kita bayar. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah. Kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat. Syukur bukan sekadar hanya dengan ucapan dan kata-kata tapi perlu dibuktikan dengan amal soleh. Bersyukur itu adalah dengan pembuktian amal. Perbanyakkan amal soleh.
Terjemahkan kasih pada Rasulullah SAW, kasih itu dibuktikan dengan amalan ikut sunnah Rasulullah SAW. Terjemahkan syukur pada Allah, syukur itu dibuktikan dengan amalan taat kepada Allah Taala yakni patuh akan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7:
Wallahu a'lam.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. {14:7}
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment