Menjadi Tetamu Allah



...bacaan Talbiyah (klik di SINI)


Alhamdulillah, tanggal 6hbNovember 2019 terpahat dalam ingatan telah direzekikan menjadi tetamu Allah di tanah haram iaitu kota suci Makkah dan seterusnya melakukan ziarah ke bumi Madinah. Alhamdulillah saat-saat berharga perjalanan selama 12hari bermula 6Nov hingga 17Nov 2019, melalui pakej Tiram Travel Rawang  dengan dibantu oleh mutawif Tuan Hj Jefri serta isteri beliau  Hjh Norliza...alhamdulillah. 

Masih segar di ingatan, bertolak dari rumah anak di Kajang kira² jam 9.30mlm selepas solat Isyak menuju ke KLIA. Kami semua di-minta untuk datang awal berkumpul untuk urusan penerbangan serta mendengar taklimat dari mutawif sebelum bergerak masuk ke bilik menunggu di balai pelepasan. Jam 5pagi berlepas dari KLIA menuju Jeddah alhamdulillah.

Ya Allah aku mengucap syukur ke hadrat Mu ya Allah yang telah memberi nikmat ini, terpilih untuk menjadi salah seorang dari tetamu Mu. Tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan izin-Mu ya Allah. Terimakasih Allah. Syukur Alhamdulillah dapat menjadi Tetamu Allah.





Bacaan Talbiyah
Labbaikallah hum ma labbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik
Innal hamda
Wan nikmata
Lakawal mulk
La syarikalak


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Jika mereka memohon kepadaNya, maka Dia akan memperkenankannya. Dan jika mereka meminta ampun kepadaNya, maka Dia akan mengampuni dosa mereka. "
(Hadis Riwayat Nasai dan Ibnu Majah)

...bersambung di SINI: Naik Air Asia X pergi Mekah

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...