Buat Umrah

... Sambungan dari SINI


Alhamdulillah jadi begitu bersemangat saya untuk mahu menyelesaikan umrah wajib malam itu juga. Walaupun masa kami baru nak mula tawaf,  waktunya selepas selesai solat Isyak. Dapat rasa cuaca macam elok sangat malam itu, tak rasa sejuk sangat..tak rasa panas.. alhamdulillah.

Dengan niat dan lafaz bismillah kami mula bertawaf sebanyak tujuh pusingan bermula dari penjuru Hajar Aswad. Saya tak gunakan sebarang penanda samada getah, tasbih atau mengira dengan jari untuk mengingat setiap pusingan. Tapi saya praktikkan cara yang disyorkan oleh ustad dalam kursus haji yang mencadangkan untuk ingat setiap pusingan melalui zikir yang dibaca iaitu:

  • Astaghfirullah hal adzim - pusingan pertama

  • Subhanallah - pusingan kedua

  • Alhamdulillah - pusingan ketiga

  • Allahu Akbar - pusingan ke empat

  • La ilaha illallah - pusingan kelima

  • Allahumassoli 'ala muhammad wa' ala ali muhammad - pusingan ke enam

  • La khaulawala kuwata illa billah - pusingan ketujuh

Alhamdulillah, done Tawaf sebanyak tujuh pusingan tanpa ragu tanpa was-was.. Alhamdulillah.
**Kata ustad, kita boleh je membaca lain2 zikir atau berdoa apa saja semasa melakukan tawaf.

Tiada bacaan atau doa khusus yang menjadi kemestian. Terserah pada diri masing2 untuk baca atau zikir apa semasa tawaf. Cumanya banyak doa2 di dalam buku panduan haji dan umrah ada tersedia sebagai memberi kemudahan untuk rujukan jemaah semasa tawaf dan saie.

*Nota: Sebaiknya bila sampai di Rukun Yamani, kita mula baca

رَبَّنَا آتِنَا فِي الْدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الَأخِرَةِ حَسَنةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

... sehinggalah sampai di Hajar Aswad.

Dan bila kembali sampai di Hajar Aswad, sebaiknya kita ucaplah - Allahu Akbar -
sebelum mula sambung membaca zikir Subhanallah untuk pusingan kedua.
Dan begitu lah seterusnya sehingga selesai ke tujuh-tujuh pusingan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bacaan di antara rukun Yamani dan Hajar Aswad

رَبَّنَا آتِنَا فِي الْدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الَأخِرَةِ حَسَنةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa 'aatinaa fid-dunnia hasanah wa fil-'aakhiroti hasanah wa qinaa 'azaban-naar.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta selamatkan kami dari azab neraka.

(Abu Dawud 2/179, Ahmad 3/411, Al-Baghawi Surah Al-Baqarah:201.)
~~~~~~~~~~~~~~~

Bertakbir apabila sampai di Hajar Aswad 

Nabi bertawaf di Baitullah dengan menaiki unta. Setiap kali sampai di Rukun Hajar Aswad Baginda mengisyarat kepadanya serta bertakbir: “Allah Maha Besar”.(Nabi mengisyaratkan kepada Hajar Aswad dengan tongkat yang berada di tangannya.)

(Al-Bukhari)
~~~~~~~~~~~~~~~~~
ALHAMDULILLAH... done melakukan tawaf sebanyak 7 pusingan. Kami perlahan-lahan bergerak keluar dari litar tawaf mencari ruang untuk solat sunat tawaf dua rakaat. Usai solat sunat tawaf semua pakat menuju ke tempat yang tersedia air zam zam.  




Selesai minum dan membasuh muka dengan air zam zam,  masing2 yang masih kekal dalam kumpulan mula bergerak menuju ke tempat Saie.

................................................

Alhamdulillah bila dah selesai melakukan Tawaf, kita beralih pula kepada Saie.



Kerja Saie bermula dari Bukit Safa berjalan ke Bukit Marwah dan berulang-alik sebanyak tujuh kali kesemuanya. Berbeza dengan Tawaf, kerja Saie tidak memerlukan kita berwudhuk. Tapi kalau wudhuk kita belum terbatal, alhamdulillah. Bacaan yang sama sebagaimana bertawaf saya praktikkan juga semasa melakukan Saie iaitu:
  • Astaghfirullah hal adzim - Safa ke Marwah

  • Subhanallah - Marwah ke Safa

  • Alhamdulillah - Safa ke Marwah

  • Allahu Akbar - Marwah ke Safa

  • La ilaha illallah - Safa ke Marwah

  • Allahumassoli 'ala muhammad wa' ala ali muhammad - Marwah ke Safa

  • La khaulawala kuwata illa billah - Safa ke Marwah


Semasa sedang bersaie, boleh berhenti rehat minum air zam zam yang tersedia di beberapa port sepanjang kedua² laluan. Ada hambaAllah yang siap² standby kurma untuk dihulurkan pada kita masa kita berhenti untuk minum air zam zam itu.  Begitu ramai hambaAllah di sana yang berebut untuk dapatkan pahala sedekah.  

Selepas berhenti minum, bila kita nak mula balik sambung bersaie, teringat ustad pesan (semasa kursus haji) kena undur dua tiga langkah ke belakang dari tempat kita mula2 berhenti tadi, setelah itu baru teruskan langkah bersaie.

Alhamdulillah DONE tujuh kali berulang-alik Bukit Safa - Bukit Marwah - Bukit Safa yang pengakhirannya berakhir di Bukit Marwah.  Alhamdulillah agak selesa berjalan kaki dengan memakai stokin tawaf yang membantu selesakan kaki di atas marmar yang  sejuk dan licin itu. Kesimpulannya, elok pakai stokin tawaf semasa mengerjakan tawaf dan saie. Kalau harapkan pakai stokin biasa saja dikhuatiri boleh tersembam jatuh kita masa sedang fokus  berjalan tu..nauzubillah.

Setelah selesai, kita bergunting lah di tempat yang ada disediakan tong sampah untuk membuang rambut di situ. Disyorkan eloklah kita kaum wanita untuk terus bergunting sejurus usai bersaie tanpa menunggu untuk balik bergunting di hotel kerana dikatakan pernah terjadi kes ada yang terlupa untuk melakukannya setiba di hotel. Sedangkan kita waktu itu masih di dalam ihram. Maka bahaya tu. Jadi sebaik-baiknya buat terus di sudut yang orang ramai² tengah bergunting itu.

Jangan risau tentang takut aurat kita terlihat oleh bukan mahram sebab boleh je bergunting tanpa ada bukan mahram yang terlihat rambut kita. Caranya ialah dengan meminta anak/kawan kita masuk ke dalam telekung kita. Bila kawan kita dah selesai gunting rambut kita, giliran kita pula masuk ke dalam telekungnya dan melakukan guntingan.
**nota: orang lelaki lebih afdal bercukur(botakkan kepala) berbanding bergunting. Fadhilat bercukur dikatakan lebih besar lagi. Lelaki boleh bercukur di kedai2 yang banyak tersedia di bawah Safwa Tower. En suami kata deorang caj 10rial harga untuk bercukur satu kepala.

Alhamdulillah DONE umrah kita setelah selesai bertahalul. Maka dah terlepas lah kita dari pantang larangan ihram umrah.. Alhamdulillah syukur.



...bersambung di SINI

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...