....sambungan dari SINI
Masjid Jarannah merupakan tempat bersejarah dan ia dikatakan tempat faveret untuk bermiqat. Mungkin kerana jaraknya yang terletak tidak begitu jauh dari kota Mekah.
Alhamdulillah, kami pergi ke Masjid Jarannah hari tu untuk berniat ihram umrah selepas singgah melawat Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Mina dan Muzdalifah. Muzdalifah adalah satu kawasan yang terletak di antara Mina dan Padang Arafah. Kami hanya melalui Muzdalifah dan Mina, di mana nampak begitu banyak khemah-khemah. Tak singgah pun hanya melihat pemandangan dari atas bas.
Semasa di Jabal Rahmah, saya beli aiskrim sampai dua kali. Best sangat rasa. Di sana lah tempat pertama saya beli kurma. Beli dua jenis kurma termasuk Ajwa, kismis kuning dan hitam, buah tin, kacang, jubah buat cucunda Ibraheem Fateh saiz26 dan sejadah saiz kecil.
Ada insiden kecil berlaku ketika hendak meninggalkan Jabal Rahmah, bilamana disedari suami saya tak muncul2 hingga mutawif dan anak saya terpaksa turun dari bas mencari. Agak lama juga lah kami semua berada di dalam bas menunggu sebelum suami akhirnya berjaya dikesan..he he.. Ooh.. Tak jumpa cari bas ya suamiku? Hi hi... Ya lah bas persiaran bersusun, jadi memang boleh keliru nak cam yang mana. Jadi pesanan penaja buat yang bakal melakukan ziarah.. sebaik nya, bila time pergi ziarah tu, elok lah snap gambar bas biar nampak dengan nombor pletnya sekali..he he..
Berbalik pada kisah Masjid Jarranah(boleh refer posting tempat bermiqat di SINI); bila sampai di masjid, kami terus menuju ke tempat mengambil wudhuk manakala jemaah lelaki tukar memakai pakaian ihram dan berwudhuk. Kemudian bersolat sunat ihram di dalam masjid sebelum berniat ihram umrah di dalam bas sebelum bas mula bergerak balik ke hotel.
Selepas Zohor, kami diminta berkumpul di lobby hotel untuk sama2 ke Masjidil Haram bagi melakukan umrah sunat pertama. Alhamdulillah syukur ya Allah masih ada peluang daku untuk buat umrah lagi. Kali ini saya berganding dengan anak buat tawaf. Kami dah terpisah dari lain2 ahli group dalam orang ramai di sekeliling Kaabah. InshaaAllah apa2 hal akan jumpa selepas selesai tawaf tak pun jumpa setelah selesai Saie di Bukit Marwah.
Sebaik saja selesai bertawaf, azan Asar berkumandang. Jadi solat Asar dulu di kawasan Bukit Safa sebelum nanti nak sambung balik buat Saie. Ada jemaah lelaki kelihatannya bergegas masuk solat dalam masjid. Itu yang afdal sebenarnya sebab kawasan saie bukan di dalam masjid.
Done saie, kami ramai2 pakat bergunting. Maka alhamdulillah selesai lah sudah umrah sunat saya yang pertama pada hari Sabtu 9/11/19.. Alhamdulillah.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Antara satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa di antara keduanya, dan haji mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah, kami pergi ke Masjid Jarannah hari tu untuk berniat ihram umrah selepas singgah melawat Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Mina dan Muzdalifah. Muzdalifah adalah satu kawasan yang terletak di antara Mina dan Padang Arafah. Kami hanya melalui Muzdalifah dan Mina, di mana nampak begitu banyak khemah-khemah. Tak singgah pun hanya melihat pemandangan dari atas bas.
Semasa di Jabal Rahmah, saya beli aiskrim sampai dua kali. Best sangat rasa. Di sana lah tempat pertama saya beli kurma. Beli dua jenis kurma termasuk Ajwa, kismis kuning dan hitam, buah tin, kacang, jubah buat cucunda Ibraheem Fateh saiz26 dan sejadah saiz kecil.
Van aiskrim |
Ada insiden kecil berlaku ketika hendak meninggalkan Jabal Rahmah, bilamana disedari suami saya tak muncul2 hingga mutawif dan anak saya terpaksa turun dari bas mencari. Agak lama juga lah kami semua berada di dalam bas menunggu sebelum suami akhirnya berjaya dikesan..he he.. Ooh.. Tak jumpa cari bas ya suamiku? Hi hi... Ya lah bas persiaran bersusun, jadi memang boleh keliru nak cam yang mana. Jadi pesanan penaja buat yang bakal melakukan ziarah.. sebaik nya, bila time pergi ziarah tu, elok lah snap gambar bas biar nampak dengan nombor pletnya sekali..he he..
Berbalik pada kisah Masjid Jarranah(boleh refer posting tempat bermiqat di SINI); bila sampai di masjid, kami terus menuju ke tempat mengambil wudhuk manakala jemaah lelaki tukar memakai pakaian ihram dan berwudhuk. Kemudian bersolat sunat ihram di dalam masjid sebelum berniat ihram umrah di dalam bas sebelum bas mula bergerak balik ke hotel.
Selepas Zohor, kami diminta berkumpul di lobby hotel untuk sama2 ke Masjidil Haram bagi melakukan umrah sunat pertama. Alhamdulillah syukur ya Allah masih ada peluang daku untuk buat umrah lagi. Kali ini saya berganding dengan anak buat tawaf. Kami dah terpisah dari lain2 ahli group dalam orang ramai di sekeliling Kaabah. InshaaAllah apa2 hal akan jumpa selepas selesai tawaf tak pun jumpa setelah selesai Saie di Bukit Marwah.
Done saie, kami ramai2 pakat bergunting. Maka alhamdulillah selesai lah sudah umrah sunat saya yang pertama pada hari Sabtu 9/11/19.. Alhamdulillah.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Antara satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa di antara keduanya, dan haji mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sbgn...Niat Iktikaf di Masjidil Haram (di SINI)
No comments:
Post a Comment