Niat Iktikaf di Masjidil Haram

...dari SINI

Teringat pada pagi Khamis 7/11/19, saya berempat dengan rakan sebilik(Laila, Sha dan Shilah) pergi ke masjid jam 3.45 pagi. Sampai di masjid pun lepas cari2 tempat dah jam 4.00 pagi. Subhanallah sudah sangat ramai orang ketika itu di dalam masjid. Kami dapat tempat yang agak terlindung dari Kaabah. Jadi dah azam lepas solat Subuh akan terus mara ke dataran Kaabah, nak duduk iktikaf sampai selesai Dhuha baru balik hotel, breakfast.

Alhamdulillah bila masuk masjid pertama-tama sekali berniat iktikaf dan sebelum duduk tak lupa untuk bersolat Tahiyatul Masjid. Suasana padat dengan hambaAllah dari seluruh pelusuk dunia dalam Masjidil Haram telah memberi aura yang luarbiasa buat kami yang baru sehari sampai ke Mekah ketika itu. Rasa rugi lewat datang masjid pagi itu. Rasa sepatutnya aku kena datang awal-awal lagi.


Selesai solat Subuh kami menyusup di celahan orang ramai untuk dapat hampir dengan Kaabah. Allahu..terusik lagi hati bilamana memandang Kaabah di hening pagi.  Lama saya pandang Kaabah. Ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku, terimalah taubatku ya Allah....





Sesekali terdengar suara polis/pengawal yang berteriak.. "hajjah!! hajjah!! hajjah!!." Gigih mereka mengawal suasana. Mereka tidak benarkan kita solat sesuka hati di tempat laluan atau tempat2 tertentu. Kita yang dengar ni pun rasa penat dengar suara mereka yang bersambung-sambung kawal keadaan.. Hajjah!! hajjah!! hajjah!!
Syukran pak pengawal, jazakallah.



~~~~~~~~~~
...bersambung... di SINI

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...