...bersambung dari sini
Setelah 5 hari berada di kota Mekah, pada hari Isnin 11/11/19 tibalah sudah masa untuk berangkat ke Madinah. Sebelum meninggalkan kota Mekah, kami buat Tawaf Wida' terlebih dulu. (Boleh tengok di SINI tentang tawaf Wida')
Sedih rasa nya nak tingalkan Mekah, tinggalkan Masjidil Haram, tinggalkan Kaabah. Moga dapat datang lagi inshaaAllah. Moga Allah jemput lagi inshaaAllah.
Dalam perjalanan Mekah - Madinah yang agak jauh itu, sempat lah sekali kami berhenti rehat di satu persinggahan r&r. Ada surau di tengah2 kawasan yang lapang itu. Masih kenyang dengan makan tengahari di Mekah sebelum bas bertolak, maka di r&r itu kami hanya membeli 2 tin air minuman dan duduk rehat2 di luar bangunan food stall sementara menunggu bas meneruskan perjalanan.
Di dalam bas selepas r&r, saya tertidur keletihan. Sedar2, berada di highway yang gelap di kiri kanan jalan. Gelap gelita. Dalam samar cahaya kenderaan di highway boleh lah nampak keadaan tanahnya yang rata dan berbatu. Tanpa ada rumah tanpa ada manusia. Fikiran terus terkenang pada peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama sahabat baginda Abu Bakar ra. takkala melakukan hijrah ke Madinah.. Allahu..
Perjalanan kami dengan bas pun mengambil masa kuranglebih 6 jam, terfikir bagaimanalah keadaan dan tempoh masa perjalanan Rasulullah SAW dengan menunggang unta 1441tahun yang lalu...Allah lebih mengetahui segala-galanya. Sedih bila bayangkan.... Bagaimana bermujahadahnya Rasulullah SAW dalam mempertahankan agama sehingga syiar Islam dapat sampai kepada kita semua hari ini....
Allahummassolli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad
Alhamdulillah tak lama kemudian, maka sampai lah kami ke bumi Madinah al Munawarrah. Hati saya yang memang dah tersentuh melihat suasana tandus di sepanjang perjalanan terus tidak dapat menahan sebak bila sedar diri ini dah berada di kota Madinah tempat bersemadinya Rasulullah SAW junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Assalamualaika ya Rasulullah.....saya datang ziarah ya Rasulullah....
...sambungan di sini
No comments:
Post a Comment