Iktikaf di Masjid Nabawi

...sambungan dari SINI


Alhamdulillah, hotel Elaf Grand  al-Majeedi yang kami menginap terletak berhampiran dengan gate 16 atau gate 17 di sebelahnya. Hanya beberapa langkah selepas turun hotel, terus sampai di gate Masjid Nabawi. Kemudian terus menuju ke pintu 17 yang bernama Umar al-Khattab untuk ruang solat muslimat. 

Alhamdulillah syukur dapat duduk iktikaf dalam masjid Nabawi. Tidak terungkap dengan kata2 bagaimana rasa hati ini dapat berulang-alik ke masjid dalam 5hari berada di Madinah itu, sama perasaannya sebagaimana keberadaan diri semasa berulang-alik ke Masjidil Haram di Mekah. Syukur ya Allah atas nikmat ini alhamdulilah.

Saya berjumpa dengan sangat ramai orang dan sempat berkenalan dengan beberapa individu yang duduk di sebelah menyebelah di ruang solat. Ada dari bangladesh, ada yang dari London, India, Indonesia dll. 

Semasa bertegur-sapa lebih kurang dengan ibu dan anak dari bangladesh sementara menanti masuk waktu solat, si anak sempat menghulurkan sekeping coklat buat saya. Semasa nak makan coklat tu, saya patahkan separuh nak offer balik pada mereka.. Anaknya pantas berkata, "No.. no.. Its for you, nice meeting you auntie, nice talking to you".. Ibunya, jika mahu berkata apa2 pada saya hanya memberitahu anaknya dan kemudian anaknya akan translate apa yang mak dia kata. 

Di waktu yang lain, saya mendapat tempat yang di hujung saf sebelah laluan orang lalu lalang. Nak cerita, tiba2..datang lah seorang hamba Allah di sebelah saya. Walaupun ruang kiranya dah sempit muat ngam2 untuk saya seorang saja, saya cuba juga sebolehnya memberi ruang untuk hamba Allah itu. Saya pusingkan sejadah kecil saya agar tempat sujudnya nanti bukan nanti di atas marmar yang sejuk itu. Bila berpaling ke arahnya, dia rupanya sedang senyum memandang saya. "Alhamdulillah tq sister..you won't get the reward here, you will get there.. Akhirat", katanya.. Allahu Akbar... AAMIINN... Rasa nak menangis dengar dia cakap macam tu. Terimakasih menghadiahkan saya kata2 itu di dalam masjid Nabi SAW... Masjid Nabawi. 
Kami kemudiannya bersalaman dan bertukar cerita serba sedikit mengenai diri masing2 sementara tunggu nak bangun solat. Dia seorang Indian tapi berwarganegara UK, tinggal menetap di London.

Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku di sana menyuntik rasa insaf dalam diri.






.....lawatan dalaman Masjid Nabawi (di SINI)

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...