Hari Terakhir di Jeddah

....sambungan dari SINI


Tiba-lah masa untuk meninggalkan Madinah. Semasa dinner, en suami dah siap2 hulurkan duit dekat anak saya untuk beli Kebab buat bekalan dalam perjalanan. Boleh tahan murah, hanya 15rial untuk 3 kebab alhamdulillah. Tapi tak sempat makan pun atas bas. Semua tidur kepenatan, tau2 dah sampai airport.  Di airport pun sambung lagi terlelap.

Bila terjaga, baru makan bekal kebab yang beli di Madinah. Jadi terlebih makanan lah pulak sebab rupanya kami dapat lagi sekali nasi iaitu satu pack nasi lemak, sebiji apel dan sebotol air minuman. Kiranya itu last pack makanan untuk pakej umrah kami di sana sebelum naik flight.


Di airport Jeddah dek waktu menunggu nya agak lama, ramai jemaah kita beli dan makan megi sementara tunggu flight sampai. Saya agak terliur tapi tak dapat nak beli sebab  kami 3beranak dah kehabisan duit rial.

Satu benda lagi yang saya terliur nak beli tapi tak dapat beli ialah chip kentang. Nampak sedap jemaah kita duk krup krap krup krap makan. Rasa segan pulak kalau nak mintak tukar duit rial dengan rakan group. So tengok je la orang makan.

Semasa di atas flight, kami order air milo dan nescafe sampai  2 kali. Kira mampu dan boleh beli la sebab nak bayar tu pakai rial boleh, rm pon boleh..he he..
Naik Air Asia ni, kalau nak order minuman panas kena beli, deorang provide makanan dua meal dan air kosong spritzel je.  Yang meal mula2  nasik lemak, second time satay ayam. Boleh tahan  sedap.. Alhamdulillah.





Sepanjang penerbangan balik, saya acapkali terlelap. Tapi tiapkali terjaga, Subhanallah ingat diri masih tengah buat tawaf lagi. Aduhh... hiba-nya hati... Terkenang suasana dalam Masjidil Haram, rindu Kaabah, terkenang suasana dalam Masjid Nabawi. Moga Allah pilih lagi untuk dapat sampai ke sana...ya Allah pilih lah lagi daku menjadi tetamuMu.. Rezekikan lah lagi hamba ya Allah... Aamiinnn ya Rabbal Alaminn

Selamat tinggal bumi Anbiya. Aku pasti akan sentiasa merinduimu...

Rindu laluan ini.. Laluan berulang-alik ke Masjidil Haram

3 comments:

Unknown said...

TAHNIAH K.Ti.. berjaya dipilih menjadi Tetamu Allah.. Moga Barokahnya senantiasa menyelubungi kehidupan k.ti sekeluarga Dari dunia hingga ke Akhirat.. Aamiin 🤲🤲

nur said...

Aamiin ya Robbal Alamiinnn

Anonymous said...

Insya-Allah pasang niat utk ke sana lagi...maqbul kan ya Allah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...