Ziarah Ladang Kurma, Bukit Uhud dan Masjid Qablatain di Madinah

... bersambung dari SINI



Setelah itu bas meneruskan perjalanan ke Ladang Kurma Fahad. Allah ya Rabbi banyak nya kurma. Boleh dicuba semua sample pelbagai jenis kurma/ buah tin, kismis dan kacang FOC. All you can eat kiranya. Tapi kita bila dah makan dua tiga biji pon dah terasa taknak dah. Manis2 belaka, tu yang tak larat nak  cuba semua.


Kami beli buah tin kat sana sebab memang sangat fresh buahnya. Yang beli di sana en suami kata itu untuk makan sendiri sebab memang bermutu tinggi, boleh rasa kelainannya. Itu yang harga pun lebih lah sikit berbanding di pasaran.  Kami beramai2 duduk rehat seketika di luar gedung kurma sebelum kembali meneruskan perjalanan ziarah ke Jabal Uhud.







Jabal Uhud atau Bukit Uhud ini tempat bersejarah yang  sering tak dilepas peluang dikunjungi oleh orang ramai yang datang ke Madinah. Bila melihat dan merenung tinggalan sejarah bukit Uhud itu, menyingkap kisah sedih Perang Uhud yang telah mengorbankan ramai tentera Islam pada masa silam.

Diriwayatkan jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, ‘Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga’.
HR Bukhari.

Subhanallah😭

Sebelum berakhirnya edisi ziarah luar kami hari itu, alhamdulillah sempat singgah ke Masjid Qablatain.
Bila sampai di sana, tak dapat nak beza masjidnya dengan Masjid Quba sebab warna dan rekabentuknya seakan nak sama. Di sana saya sempat beli kupiah yang agak cantik untuk cenderahati buat anak menantu.

Pada petang hari Selasa itu,  selepas zohor, mutawif membawa kami yang mana berkelapangan untuk ikut ke kedai Ahmad Albab selang 2 blok bangunan dari hotel tempat kami menginap. Wallahu' alam Ahmad Albab itu nama betul atau nama gelaran. Agak teruja bila sampai di sana kerana saudara Ahmad Albab begitu merai'kan kami yang datang ke kedainya yang menjual pelbagai jenis kurma, kismis, coklat dan kekacang. Harga yang ditawarkan alhamdulillah lebih murah dari kedai lain sedangkan kondisi kurma adalah dari jenis  yang berkualiti premium. Ajwa di offer 50rial berbanding di kedai lain berharga 60rial sekilo. Kami membeli kurma Ajwa, miramie, kurma, kacang gajus dan coklat di kedai Ahmad Albab alhamdulillah.



...Solat di RAUDHAH (di sini)

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...